Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Bantuan: JPBB diarah kemukakan senarai lengkap ketua isi rumah dipindahkan ke PPS 
  • SEMASA

Bantuan: JPBB diarah kemukakan senarai lengkap ketua isi rumah dipindahkan ke PPS 

Utusan Sarawak 3 months ago

Datuk Amar Douglas Uggah Embas

KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) diarah untuk mengemukakan senarai ketua isi rumah (KIR) yang berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) selewat-lewatnya pada akhir minggu ini.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata butiran lengkap itu perlu dikemukakan kepada 

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak.

“JPBN Sarawak sedang dalam proses menilai kos baik pulih bagi kerosakan infrastruktur yang terjejas akibat bencana, bagi memastikan langkah pemulihan dapat dilaksanakan dengan segera dan berkesan,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi JPBN Sarawak berkata demikian selepas mesyuarat JPBN mengenai situasi terkini banjir di Sarawak di sini hari ini.

Uggah berkata setakat hari ini, sebanyak 79 PPS akibat bencana banjir dan tanah runtuh telah dibuka.

Ia melibatkan Bahagian Kuching; Samarahan; Serian; Betong; Sibu; Kapit; Mukah; Bintulu dan Miri di mana sebanyak 38 PPS telah ditutup dan 41 PPS masih aktif, melibatkan 2,799 Ketua Isi Rumah (KIR) dan 9,482 mangsa.

Oleh ADI SAFARMAN

Continue Reading

Previous: Siap sedia kemungkinan gelombang kedua banjir badai negeri ini – Uggah
Next: Kemaskini: Jumlah mangsa di PPS kini 9,519 orang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.