Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Bantu tambah stok darah: Sertai kempen derma darah
  • Tengah
  • WILAYAH

Bantu tambah stok darah: Sertai kempen derma darah

Utusan Sarawak 3 weeks ago
POSTER… Kempen Derma Darah anjuran Sibu Life Care Society akan berlangsung Ahad ini.

SIBU: Orang ramai dijemput menyertai Kempen Derma Darah anjuran Sibu Life Care Society yang akan diadakan di Orange Zone, Star Mega Mall, di sini, Ahad ini.

Menurut jurucakap Sibu Life Care Society, kempen tersebut dianjurkan dengan kerjasama Unit Perkhidmatan Transfusi Darah, Hospital Sibu dan pihak pengurusan Star Mega Mall.

“Ia akan berlangsung dari jam 9.30 pagi hingga 2.00 petang.

“Penganjuran kempen bertujuan membantu pihak Bank Darah Hospital Sibu mendapatkan bekalan darah yang mencukupi bagi keperluan rawatan pesakit di hospital berkenaan,” katanya.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini, orang ramai boleh menghubungi Bank Darah Hospital Sibu di talian 084-343333 sambungan 2010.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: SMC Cares permudah bayaran parkir di Pasar Sentral Sibu
Next: Joshelynnia Josefinna Jackery juara Teluwaih Jinih 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.