Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Bantu sediakan kediaman selesa
  • TEMPATAN

Bantu sediakan kediaman selesa

Utusan Sarawak 4 years ago
TAHNIAH…Majang menyerahkan papan tanda siap projek kepada JKKK Rumah Jaraw Sumok bagi projek baik-pulih rumah panjang.

BINTULU: Projek baik-pulih rumah banyak memberi manfaat dalam usaha menyediakan kediaman yang selesa khususnya membabitkan rumah panjang dan kampung di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Samalaju.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samalaju, Majang Renggi berkata, banyak rumah panjang dan kampung telah menerima bahan binaan dengan melaksanakan projek berkenaan secara gotong-royong.

“Menerusi projek baik-pulih rumah iaitu MRP-PPRMS oleh Kerajaan Sarawak banyak membantu menyediakan kediaman yang lebih selesa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi berhubung lawatan ringkas beliau menyerahkan papan tanda projek MRP-PPRMS di Rh Jaraw Anak Sumok, Sg Plan Bintulu, semalam.

Sehubungan itu beliau turut menggesa penduduk di DUN Samalaju dan Bintulu untuk terus mengambil langkah berjaga-jaga memandangkan kes positif Covid-19 di Bintulu semakin membimbangkan.

“Langkah berjaga-jaga harus diambil oleh semua pihak dengan memperketat pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak KKM dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Bintulu,” katanya.

Sementara itu beliau turut mengingatkan supaya semua penduduk di sini juga perlu sentiasa mengamalkan kebersihan diri.

“Kerjasama semua pihak amat diperlukan sebagai usaha membendung penularan wabak Covid-19 ini dan bukannya menunding jari kepada mana-mana pihak,” ujarnya.

Dalam pada itu beliau amat menghargai pengorbanan pasukan barisan hadapan yang terpaksa menghadapi pelbagai rintangan untuk memastikan Bintulu bebas daripada wabak Covid-19.

Oleh ELLIE EDWARD

Continue Reading

Previous: Feri Nanga Tulie beri sinar baharu
Next: Pastikan penduduk daftar divaksin

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.