Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Bantu rakyat peroleh pelbagai bantuan kerajaan
  • Tengah
  • WILAYAH

Bantu rakyat peroleh pelbagai bantuan kerajaan

Utusan Sarawak 2 months ago
BANTU RAKYAT… Datuk Ding Koung Hiing semasa menyertai program Mobile Service 2U bagi membantu rakyat menyemak serta melakukan permohonan bantuan kerajaan. 

BINTANGOR: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Bintangor menerusi program Mobile Service 2U terus memastikan rakyat di sini mengakses pelbagai bantuan kerajaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing yang juga Pengerusi SUPP Cawangan Bintangor berkata program tersebut juga secara tidak langsung membantu mendekati rakyat.

“Inilah peluang terbaik untuk mendengar dan mendekati rakyat dengan lebih baik. 

“Melalui program ini, kita dapat menyalurkan maklumat tepat mengenai pelbagai skim bantuan yang disediakan oleh kerajaan Sarawak dan Kerajaan Persekutuan,” katanya. 

Antara perkhidmatan yang ditawarkan pada program tersebut termasuk permohonan Skim Faedah Kesihatan Warga Emas (SCHB), kad Kenyalang Gold (KGC) dan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) bagi golongan warga emas berumur 60 tahun ke atas. 

TINJAU… Datuk Ding Koung Hiing semasa sendiri meninjau program Mobile Service 2U, baru-baru ini.

Beliau menambah, perkhidmatan yang disediakan bertujuan membantu orang ramai melakukan semakan status permohonan SKAS melalui aplikasi S Pay Global serta semakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

“Program ini mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk setempat, khususnya golongan warga emas yang masih belum mengetahui prosedur permohonan bantuan kerajaan.

“Ia akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan rakyat mendapat perkhidmatan terbaik dan bantuan yang sewajarnya,” katanya. 

Turut hadir, Setiausaha SUPP Cawangan Bintangor Lau Sie Hing, Ketua Pergerakan Wanita SUPP Bintangor Kaunselor Chieng Ming Kiong, Ketua Pergerakan Pemuda SUPP Bintangor Ley Chee Hua dan Kaunselor Tang Kieh Ming. 

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Simanggang Ramadan Fest: Biro Wanita PBB Cawangan Lingga sedia 48 lot tapak jualan
Next: 200 apron diagihkan kepada peniaga Bazar Ramadan di RTC Bekenu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.