Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Bank Rakyat buka cawangan di Lundu
  • TEMPATAN

Bank Rakyat buka cawangan di Lundu

Utusan Sarawak 5 years ago
DATO’ Sri Wan Junaidi (empat kiri) ketika menyerahkan sumbangan pendidikan, perubatan, dan geran MRP bagi kawasan N3 Tanjong Datu bersama Datuk Amar Jamilah Anu (kanan) di Dewan Mahligai Gading Lundu.

LUNDU: Kerajaan sentiasa berusaha menyediakan pelbagai kemudahan dan prasarana asas  untuk pembangunan di luar bandar Sarawak.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Dato Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu yang juga dalam kawasan Parlimen Santubong akan mengecapi limpahan pembangunan apabila ibu negara Indonesia berpindah ke Kalimantan pada masa akan datang.

Beliau berkata, selain daripada itu penduduk kawasan Tanjung Datu juga mesti bersedia menerima limpahan pembangunan yang dibawa oleh kerajaan negeri dan kerajaan pusat contohnya seperti bekerjasama untuk menubuhkan sebuah koperasi.

Menurutnya, beliau telah membuat keputusan supaya diadakan bank di bawah kementerian iaitu cawangan Bank Rakyat di Lundu.

Sementara itu, Wan Junaidi yang juga Ahli Parlimen Santubong memberitahu, antara pembangunan yang giat dilaksanakan ialah pembinaan jambatan konkrit bagi menggantikan lapan jambatan bailey sedia ada di sepanjang Jalan Lundu-Sempadi.

Hampir 50 projek dilaksanakan oleh beberapa agensi di seluruh kawasan Santubong akan ditenderkan dalam masa terdekat, katanya pada majlis Penyerahan Sumbangan Pendidikan, Perubatan, dan Geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bagi kawasan N3 Tanjung Datu di Dewan Mahligai Gading Lundu, di sini, semalam.

Seramai sembilan penerima menerima sumbangan perubatan, enam menerima sumbangan pendidikan, tujuh menerima sumbangan peralatan dan enam pertubuhan menerima geran MRP yang jumlah keseluruhannya RM36,900 pada majlis itu.

Hadir sama ADUN Tanjong Datu, Datuk Amar Jamilah Anu dan Pegawai Daerah Lundu, Gustian Durani.

Oleh Cheryl Law

Continue Reading

Previous: Kaunter LINK BNM, AKPK kini beroperasi
Next: SKS Bekenu turun padang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.