Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Banjir tunjuk penurunan, situasi masih berisiko
  • Utara
  • WILAYAH

Banjir tunjuk penurunan, situasi masih berisiko

Utusan Sarawak 4 months ago
KEADAAN di kawasan yang masih dilanda banjir semasa tinjauan udara oleh Pasukan Gerakan Udara PDRM bersama Pegawai Daerah Tatau.

TATAU: Keadaan banjir di Daerah Tatau menunjukkan penurunan air di beberapa kawasan, namun situasi masih berisiko.

Pegawai Daerah Tatau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Tatau, Calvin Ligong, bersama unit Pasukan Gerakan Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM) meninjau situasi banjir melalui udara hari ini.

Turut serta dalam tinjauan itu adalah wakil Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Tatau, Inspektor Jeffery Jembol dan Pegawai Bencana Pejabat Daerah Tatau, Raden Azamry Raden Perhan.

Berdasarkan laporan dari Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), kawasan Sungai Muput dan Ulu Anap menunjukkan penurunan paras air, tetapi masih berada pada tahap amaran.

Sementara itu, Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Rumah Steven Jeli masih beroperasi, menempatkan 34 orang daripada 13 keluarga yang terjejas akibat banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Muput.

Di Pekan Tatau, paras air masih berada pada paras amaran, dengan beberapa kawasan rendah seperti Kampung Dagang, Kampung Baharu dan kawasan hilir Batang Anap masih terjejas.
Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Rumah Terbuka TBC ADUN Tanjong Batu, SUPP Cawangan Bintulu 15 Februari ini
Next: Misi hantar bantuan makanan ke PPS Rumah Steven Jeli

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.