Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Banjir: Tiga sekolah terjejas
  • TEMPATAN

Banjir: Tiga sekolah terjejas

Utusan Sarawak 5 years ago
BANJIR…Kawasan SK Long Panai ditenggelami air ekoran hujan lebat semalam.

MARUDI : Tiga buah Sekolah Rendah Kebangsaan (SK) di Ulu Baram dinaiki air ekoran hujan lebat malam semalam yang membabitkan SK Long Bemang, Long Panai dan Long Linei dengan keadaan paras air masih bertahan.

Menurut kenyataan Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Zon Miri, Law Poh Kiong, ketiga-tiga sekolah tersebut tidak beroperasi bagi mematuhi Perintah Kawalah Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Kata kenyataan itu, setakat jam 8.00 pagi semalam keadaan paras air di SK Long Bemang masih dinaiki berbanding malam kelmarin disebabkan hujan lebat di kawasan Apoh.

“Kawasan air di sekolah terbabit  masih dinaiki air ialah padang sekolah, dewan perhimpunan  dengan kenaikkan paras air setinggi 18 inci, bawah kuarters guru ( 58.5.inci ), bawah dapur dan dewan makan ( 58.5 inci ), bawah asrama (18 inci ) dan bawah kelas (6 inci ),” ujar kenyataan itu.

Sementara di SK Long Panai setakat jam 6.30 pagi semalam, paras air di kawasan padang sekolah dinaiki air sedalam dua kaki.

Kawasan-kawasan lain yang turut terjejas banjir ialah laluan simen ke bangunan sekolah, kuarters Sebiro guru dalam empat buah dan rumah genset sekolah.

Sementara kawasan yang terjejas banjir di SK Long Linei ialah bawah bangunan pentadbiran, laluan simen ke bangunan sekolah, kuarters guru dan kakitangan awam dan laluan ke bangunan pra sekolah.

Continue Reading

Previous: Penjara 7 tahun bunuh tukang kayu
Next: Memandu ketika mabuk didenda RM3,000

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.