Banjir semakin pulih, jumlah mangsa menurun

Facebook
WhatsApp

KUALA LUMPUR: Keadaan banjir di Perak dan Selangor semakin pulih, dengan jumlah mangsa menurun kepada  465 orang setakat 9.00 pagi, berbanding 498 petang, semalam.

Menurut Laporan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), di Perak seramai 354 mangsa daripada 102 keluarga masih berlindung di lima pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah melibatkan Hilir Perak, Perak Tengah dan Kerian.

Di Selangorseramai 111 mangsa daripada 41 keluarga ditempatkan di tiga PPS yang beroperasi di dua daerah iaitu Sabak Bernam dan Kuala Selangor.

Sementara itu, laman sesawang Public Infobanjir memaklumkan dua sungai Di Sarawak berada pada paras bahaya, termasuk stesen Marudi dan Sungai Dausan. – Bernama