Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Banjir: Segera berpindah jika diarahkan – JPBN Sarawak
  • WILAYAH

Banjir: Segera berpindah jika diarahkan – JPBN Sarawak

Utusan Sarawak 2 years ago

Datuk Amar Douglas Uggah Embas semasa melawat pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Millenia Debak.

DEBAK: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak menasihatkan penduduk di kawasan terjejas akibat banjir agar tidak menangguhkan arahan untuk berpindah setelah arahan perpindahan dikeluarkan oleh pasukan penyelamat.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, dalam keadaan cuaca buruk yang bermula sejak Sabtu lalu, tindakan segera perlu bagi memastikan tiada nyawa penduduk terancam akibat bencana alam itu.

Beliau berkata, semua agensi terbabit sudah diarah memantau rapi semua lokasi berisiko, khususnya penempatan penduduk di kawasan rendah dan tebing sungai berikutan hujan berterusan dalam tempoh yang lama.

“Penduduk juga harus bersedia dengan menempatkan barangan penting di tempat selamat seterusnya berpindah segera apabila diarahkan.

“Dalam keadaan seperti ini, paling utama ialah menyelamatkan nyawa, sebab itu apabila diarah berpindah, patuhilah kerana arahan itu dikeluarkan selepas penilaian tahap keselamatan dibuat oleh pihak berkuasa,” katanya ketika melawat pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Millenia Debak.

Uggah yang juga Pengerusi JPBN Sarawak berkata, setakat ini lima PPS telah diaktifkan melibatkan keseluruhan 361 mangsa daripada 95 keluarga.

Sementata itu di PPS Dewan Millenia Debak, seramai 213 penduduk dari lima  kampung dekat sini telah dipindahkan ke PPS apabila rumah mereka ditenggelami air akibat banjir yang berlaku malam tadi.

Pusat pemindahan di Dewan Millenia Debak itu telah menempatkan 213 mangsa daripada 51 keluarga sejak 9.00 malam, semalam.

Oleh ADI SAFARMAN

Continue Reading

Previous: Aspek keselamatan sekitar projek naik taraf tebingan Sungai Limbang ditambah baik
Next: Michele Braim dicalonkan semula sebagai Pengerusi PBS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.