Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Banjir: Pihak ladang sawit juga perlu tanggung kos pembinaan sistem saliran – Julaihi
  • WILAYAH

Banjir: Pihak ladang sawit juga perlu tanggung kos pembinaan sistem saliran – Julaihi

Utusan Sarawak 3 months ago

Julaihi menyantuni mangsa banjir di PPS di Sebuyau.

SEBUYAU: Sistem saliran dan pengairan sedia ada di kawasan Sebuyau perlu dikaji semula bagi mengatasi banjir yang semakin kerap melanda di daerah ini. 

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi berkata, banjir yang menyebabkan pemindahan seramai 538 mangsa ke empat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di daerah ini menunjukkan bahawa sistem saliran tidak lagi mampu menampung aliran air dengan berkesan.

Menurut Julaihi, hasil tinjauan beliau ke kawasan terjejas, hujan lebat yang berterusan menyebabkan air tidak dapat mengalir keluar dengan cepat, sekali gus mengakibatkan limpahan di kawasan rendah termasuk kampung-kampung berhampiran ladang kelapa sawit.

“Sistem saliran dan pengairan di Daerah Sebuyau perlu dikaji semula agar lebih efisien dalam menguruskan aliran air, terutama ketika hujan lebat.

“Selain peruntukan kerajaan, pihak ladang sawit swasta yang beroperasi di sekitar kawasan ini juga perlu bertanggungjawab dari segi kos pembinaan sistem saliran yang lebih baik,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya, hari ini. 

Tambah Julaihi, antara cadangan yang boleh dipertimbangkan termasuk pembinaan lebih banyak Pintu Kawalan Pasang Surut.

Selain itu, satu kajian menyeluruh perlu dilakukan bagi memastikan kapasiti sistem saliran di ladang besar tidak memberi kesan kepada perkampungan berhampiran, bukan sahaja di Sebuyau tetapi juga di seluruh Sarawak.

Continue Reading

Previous: 482 pek makanan kering dihantar kepada mangsa banjir
Next: Banjir rosakkan harta benda, tinggalkan kesan emosi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.