Banjir: Penduduk terjejas di Bintulu catat penurunan ketara, Mukah, Sibu tidak berubah  

Facebook
WhatsApp

KUCHING: Keadaan banjir di Sarawak menunjukkan pemulihan yang ketara apabila jumlah mangsa menurun secara mendadak kepada 735 orang setakat 4.00 petang ini, berbanding 996 orang pada 12.00 tengah hari tadi.

Penurunan terbesar dicatatkan di Bintulu, di mana jumlah mangsa yang masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) berkurang daripada 281 kepada hanya 84 orang.

Susulan itu, PPS SMK Tatau di bahagian berkenaan telah ditutup, menandakan keadaan semakin stabil di kawasan tersebut.

Selain Bintulu, Miri juga merekodkan penurunan jumlah mangsa daripada 274 kepada 210 orang.

PPS SMK Suai di Miri turut ditutup, menjadikan jumlah PPS yang masih beroperasi di seluruh Sarawak berkurang kepada tujuh.

Sementara itu, jumlah mangsa di Mukah dan Sibu kekal tidak berubah, masing-masing sebanyak 438 dan tiga orang.

Mukah masih merekodkan jumlah mangsa tertinggi dalam negeri ini, namun pihak berkuasa terus memantau keadaan dan bersedia mengambil langkah lanjut jika diperlukan.

Oleh Amanda L. 

Anwar mahu MA63 dijadikan naratif nasional

KOTA KINABALU:  Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dijadikan naratif nasional dan tidak dilihat

Tokoh seni budaya Terengganu meninggal dunia

KUALA TERENGGANU: Tokoh Seni Budaya Terengganu Wan Salmah Wan Sulaiman, 82, meninggal dunia akibat kekurangan oksigen di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ)