Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Banjir mulai surut di pekan Kanowit
  • Tengah
  • WILAYAH

Banjir mulai surut di pekan Kanowit

Utusan Sarawak 2 months ago
BANJIR MULAI SURUT… Keadaan banjir di pekan Kanowit mulai surut hari ini. Foto D’Liak Food

KANOWIT: Banjir yang melanda pekan Kanowit sejak Jumaat lalu, telah menunjukan trend menurun pagi tadi.

Kelihatan lumpur di sekitar kawasan pekan tersebut akibat kesan banjir yang sudah surut.

Namun ada juga kawasan yang masih dinaiki air, tetapi ia tidak sebelum ini.

BANJIR MULAI SURUT… Keadaan banjir di pekan Kanowit mulai surut hari ini. Foto D’Liak Food

Paras Sungai Batang Rajang juga telah menurun dan banjir di beberapa kawasan sekitarnya telah surut termasuk laluan Lebuh Raya Pan Borneo di Jambatan Durin.

Dalam pada itu, Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sibu, Andy Alie ketika dihubungi menasihatkan para pengguna jalan raya supaya sentiasa berhati-hati semasa melalui jambatan yang dilanda banjir.

BANJIR MULAI SURUT… Keadaan banjir di pekan Kanowit mulai surut hari ini. Foto D’Liak Food

“Jangan ambil risiko jika air deras atau paras air tidak dapat dipastikan, elakkan melalui jambatan tersebut.

“Periksa paras air, jika air melebihi separuh tayar kenderaan, berpatah balik dan cari laluan alternatif. Jika perlu melalui, pandu dengan perlahan untuk mengelakkan kenderaan hilang kawalan,” katanya.

Beliau juga menasihatkan pengguna jalan raya supaya berwaspada dengan arus kuat kerana air yang mengalir deras boleh menghanyutkan kenderaan, jadi jangan cuba meredahnya.

“Jangan berhenti atau memberhentikan kenderaan di atas jambatan yang banjir. Jika ada papan tanda amaran atau arahan daripada pihak berkuasa, patuhi demi keselamatan.

“Keselamatan lebih penting daripada tergesa-gesa. Jika ragu-ragu, lebih baik tunggu atau cari laluan lain,” tegasnya.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 100 klien JKM Saratok terima sumbangan Aidilfitri
Next: Jambatan Bintulu-Jepak kini rasmi dibuka kepada orang awam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.