Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • APM Sarikei jalani latihan bulanan
  • TEMPATAN

APM Sarikei jalani latihan bulanan

Utusan Sarawak 3 months ago
LATIHAN BULANAN….Anggota APM Sarikei menjalankan latihan bulanan di Taman Lalu-Lintas, semalam. Foto APM Sarikei  

SARIKEI: Seramai 15 orang anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sarikei telah menjalankan latihan bulanan pasukan APM. 

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sarikei, Leftenan (PA) Shahrol Azizi Zaidi berkata, latihan bulanan untuk Februari dijalankan di Taman Lalu-Lintas semalam.

“Mereka dilatih oleh tiga orang jurulatih bagi memastikan sesi latihan berjalan lancar.

“Antara latihan yang dijalankan adalah larian berhalangan dan latihan CPR,” katanya ketika dihubungi. 

Katanya, selain itu, anggota APM Sarikei turut menjalani latihan membentang dan menggulung hos bomba. 

“Mereka juga menjalani latihan asas ikatan dan simpulan. 

“Latihan berjalan lancar dan tiada sebarang kes kecemasan dilaporkan sepanjang sesi latihan bulanan dijalankan,” katanya. 

Oleh Earl Anek 

Continue Reading

Previous: Isu minyak: Jangan cetus persepsi
Next: Platform perkenal jenama global di Malaysia Timur

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.