Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Banjir: Mangsa di Sibu, Miri, Bintulu, Mukah menurun
  • SEMASA

Banjir: Mangsa di Sibu, Miri, Bintulu, Mukah menurun

Utusan Sarawak 3 months ago

KUCHING: Keadaan banjir di Sarawak terus menunjukkan pemulihan apabila jumlah mangsa di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) menurun kepada 4,065 orang setakat jam 8.00 malam ini.

Perkembangan ini mencerminkan penurunan sebanyak 324 orang berbanding 4,389 mangsa yang direkodkan pada jam 4.00 petang tadi, menandakan keadaan semakin stabil di kawasan yang terjejas.

Sibu mencatatkan penurunan ketara apabila jumlah mangsa kini berkurang kepada 1,114 orang berbanding 1,160 pada jam 4.00 petang. 

Begitu juga dengan Miri, yang sebelum ini menempatkan 694 mangsa, kini hanya berbaki 452 orang.

Di Bintulu, jumlah mangsa juga semakin berkurang kepada 1,873 orang berbanding 1,907 sebelum ini.

Mukah turut mencatatkan sedikit pengurangan apabila jumlah mangsa turun kepada 613 orang, berbanding 615 pada petang tadi.

Sementara itu, jumlah mangsa di Sarikei kekal dengan 13 orang masih berlindung di PPS.

Oleh Amanda L.

Continue Reading

Previous: Bencana: Syafinaz diterbangkan dari pedalaman untuk duduki peperiksaan STPM Isnin ini
Next: Sarawak mahu reka satelit mesra alam ke atmosfera – Abang Johari

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.