Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Banjir: Mangsa di Sarawak meningkat, Johor kekal pagi ini
  • SEMASA

Banjir: Mangsa di Sarawak meningkat, Johor kekal pagi ini

Utusan Sarawak 1 year ago
PEMANDANGAN dari udara situasi banjir di tiga perkampungan Melayu di Daerah Debak, semalam, melibatkan Kampung Bungey, Kampung Babu dan Kampung Lalang.

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sarawak meningkat sedikit kepada 459 orang pagi ini berbanding 444 orang, malam tadi.

Berdasarkan laporan terkini Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), dua PPS di Betong menempatkan 404 orang daripada 120 keluarga manakala di Bintulu, sebuah PPS menempatkan 55 orang daripada 27 keluarga.

Mangsa banjir di Johor pula kekal 65 orang daripada 19 keluarga yang berlindung di dua PPS di Segamat.

Tinjauan situasi di Stesen Telemetri Jabatan Pengairan dan Saliran mendapati beberapa sungai berada pada paras bahaya iaitu Sungai Johor (Kota Tinggi, Johor), Sungai Kedah (Kota Setar, Kedah), Sungai Arau (Arau, Perlis) dan Sungai Terengganu (Hulu Terengganu, Terengganu).

Menurut NADMA, sebanyak 18 jalan ditutup akibat banjir, jambatan rosak dan tanah runtuh antaranya Jalan Raya Timur Barat di Hulu Perak, Perak; Jalan Bukit Besi-Dungun di Dungun, Terenganu dan Jalan Bukit Jugra di Kuala Langat, Selangor. – Bernama

Continue Reading

Previous: Kembara Kenali Borneo: Agong, Permaisuri bertemu Didi, Taburi di Sepilok
Next: Konflik antara manusia, buaya terus meningkat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.