MARUDI: Banjir kilat melanda Rh Adam Ongie, Sg Nawang Gudang (gambar) dekat sini ekoran hujan lebat sejak jam 10 malam tadi hingga awal pagi ini.
Salah seorang pendududuk di rumah panjang tersebut, Wellesbolly Ongie memberitahu rumah panjang mereka mula dinaiki air pada jam 3.00 pagi.
Katanya, paras air di bahagin ruai dinaiki air setinggi dua kaki sementara bahagian bilik turut dimasuki air.
Sementara itu, kawasan Rh Ganing anak Jamban, Sg Gudang Marudi turut terjejas oleh banjir kilat dan mereka berharap air cepat surut pada sebelah petang ini.