
KUCHING: Jumlah mangsa banjir di negeri ini mencatatkan sedikit penurunan kepada 996 orang setakat 12.00 tengah hari ini, berbanding 1,001 orang pada 8.00 pagi tadi.
Penurunan ini didorong oleh perkembangan positif di Miri, yang menyaksikan jumlah mangsa berkurang daripada 279 kepada 274 orang.
Sementara itu, jumlah mangsa di bahagian lain kekal tidak berubah, dengan Mukah masih mencatat angka tertinggi iaitu 438 mangsa, diikuti Bintulu (281) dan Sibu (3).
Setakat ini, sembilan pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi bagi menampung mangsa yang terjejas.
Walaupun terdapat sedikit penurunan jumlah mangsa, pihak berkuasa terus memantau keadaan banjir, terutama di kawasan yang berisiko tinggi sekiranya hujan berterusan.
Oleh Amanda L.