Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Banjir jejas sambutan Gawai Dayak
  • NASIONAL

Banjir jejas sambutan Gawai Dayak

Utusan Sarawak 5 years ago
BANJIR… Rumah Gau Stapang D di tenggelami air pada hari pertama Gawai Dayak diraikan.

JIKU JUGUONG

MARUDI: Penduduk Rumah Gau anak Baong, Sungai Rian Stapang D Marudi, meraikan Hari Gawai dalam keadaan banjir.

Rumah panjang terbut di tengggelami air pada hari pertama Gawai Dayak ekoran hujan lebat pada petang 31 Mei lalu.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Marudi bergegas ke lokasi untuk melakukan pemantauan sebaik menerima  panggilan daripda Pegawai Pentadbir Pejabat Daerah Marudi Reagan anak Edwin pada jam 3.10 petang.

Jarak rumah  panjang tersbut kira-kira 40 kilomter dari balai bomba dan pasukan bomba menghadapi kesukaran masuk ke rumah panjang berkenaan disebabkan jalan terlalu sempit dan berisiko untuk laluan kenderaan berat.

Pihak bomba yang menggunakan jentera Scania terpaksa meletakkan jentera di hadapan simpang masuk rumah berkenaan dan berjalan kaki untuk sampai ke rumah panjang itu untuk melakukan pemantauan banjir.

Tiada pemindahan mangsa banjir dilakukan dan anggota bomba yang terlibat memantau banjir di kawasan tersebut diketuai Komander Operasi PBK II Abdul Rahman, PBK II (KUP) Manshor,  PBB Muhd Firdaus, PBB Adil Muiz, PBB Syvester, PBB Hairil dan PBB Dominic ( Bilik Kawalan).

Continue Reading

Previous: 15 wanita berzumba dikompaun RM1,000
Next: SPRM terima laporan terhadap bekas menteri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.