Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Banjir di Sibu mulai surut
  • TEMPATAN

Banjir di Sibu mulai surut

Utusan Sarawak 5 years ago
SURUT… Tinjauan di Kampung Nangka mendapati banjir telah surut.

SIBU: Keadaan banjir yang melanda beberapa kawasan di Sibu kini semakin pulih apabila air yang melimpahi kawasan terbabit telah surut.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 4 Sibu, Muling Janggan berkata, kini hanya beberapa kawasan rendah sahaja yang masih dinaiki air.

“Secara keseluruhannya, keadaan banjir di Sibu kini sudah surut. Kecuali kawasan yang rendah sahaja masih dinaiki,” jelasnya ketika dihubungi oleh pemberita di sini semalam.

Beliau menasihatkan penduduk yang tinggal di kawasan rendah dan tebingan sungai supaya sentiasa berhati-hati ketika musim hujan dan banjir.

“Kurangkanlah semua aktiviti di sungai dan sila laporkan kepada pihak berkuasa jika ada berlakunya air membanjiri kawasan kediaman serta rumah anda,” ujarnya.

Tegasnya, kerjasama daripada semua pihak termasuk penduduk setempat memainkan peranan penting untuk menggelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: Hasil jualan kraf tangan Sarawak RM8.2 juta
Next: Jana pendapatan melalui khidmat gunting rambut

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.