Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Banjir di Sarawak, Sabah, Johor beransur pulih
  • SEMASA

Banjir di Sarawak, Sabah, Johor beransur pulih

Utusan Sarawak 2 months ago

KUALA LUMPUR: Keadaan banjir di Sarawak, Sabah dan Johor bertambah baik pada petang ini apabila jumlah keseluruhan mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) berkurang kepada 5,808 orang berbanding 8,274 orang, pagi tadi.

Di Sarawak, Sekretariat JPBN memaklumkan jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di enam PPS di Sibu dan Kapit juga menurun daripada 970 orang pada pagi tadi kepada 907 orang pada petang ini.

Jumlah itu dijangka terus berkurangan berikutan situasi banjir yang beransur pulih di kedua-dua bahagian terlibat.

Mangsa banjir di Sibu ditempatkan di tiga PPS, iaitu Dewan Serbaguna Selangau, Dewan Kompleks Sukan Kanowit dan Dewan Komuniti Sibu Jaya. Sementara itu, PPS di Kapit adalah di Balai Raya Song, Asrama Belia Kapit dan Dewan Suarah Kapit.

Jumlah mangsa banjir di Sabah menurun kepada 304 orang daripada 86 keluarga berbanding 393 orang daripada 137 keluarga, pagi tadi.

Sekretariat JPBN Sabah memaklumkan hanya dua PPS di Beaufort masih beroperasi dengan trend pemindahan banjir di daerah berkenaan menunjukkan penurunan.

Dalam pada itu, PPS di Daerah Keningau dan Sipitang pula telah ditutup.

Di Johor, jumlah mangsa terus menurun kepada 4,597 orang setakat 4.00 petang ini, berbanding 6,911 orang yang direkodkan pagi tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Tan Sri Dr. Azmi Rohani berkata kesemua mangsa daripada 1,481 keluarga masih berlindung di 29 PPS yang beroperasi di lima daerah terjejas.

Menurutnya, Daerah Johor Bahru kekal mencatatkan jumlah mangsa tertinggi, iaitu 3,042 orang diikuti Pontian (604), Kluang (525), Batu Pahat (336) dan 90 mangsa di Kota Tinggi.

“Keadaan cuaca di sembilan daerah di Johor diramalkan cerah manakala Muar dijangka mendung pada petang ini,” katanya dalam satu kenyataan. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Amaran ribut petir, hujan lebat di Sarawak
Next: Berita viral: Wanita ditemui gantung diri di Jambatan Jepak, palsu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.