Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Banjir buruk di Nepal ragut sekurang-kurangnya 112 nyawa
  • GLOBAL

Banjir buruk di Nepal ragut sekurang-kurangnya 112 nyawa

Utusan Sarawak 8 months ago

Orang ramai mengharungi jalan yang dinaiki air berhampiran tebing Sungai Bagmati yang melimpah susulan hujan lebat, di Kathmandu, Nepal.

MOSCOW: Sekurang-kurangnya 112 orang maut manakala 68 lagi hilang akibat banjir besar di Nepal disebabkan oleh hujan lebat dalam tempoh 54 tahun, lapor Sputnik memetik akhbar Nepal, The Kathmandu Postpada Ahad.

Sehingga petang Sabtu, Kementerian Dalam Negeri Nepal secara rasmi mengesahkan 99 kematian, 68 orang hilang dan 100 cedera.

Menurut akhbar itu, banjir dan tanah runtuh telah menjejaskan banyak lebuh raya dan jalan raya di seluruh negara, menyebabkan ratusan rumah dan jambatan tertimbus atau hanyut serta menyebabkan ratusan keluarga kehilangan tempat tinggal. 

Ribuan penumpang turut terperangkap di pelbagai tempat akibat gangguan jalan raya.

Pihak berkuasa sedang meneruskan operasi mencari dan menyelamat yang melibatkan lebih 20,000 anggota perkhidmatan keselamatan di seluruh negara. 

Mereka percaya terdapat lebih ramai mangsa di kawasan terjejas bencana.

Jabatan Hidrologi dan Meteorologi negara itu pada Sabtu berkata Lembah Kathmandu menerima 240 milimeter hujan dalam tempoh 24 jam, iaitu jumlah hujan tertinggi yang direkodkan di ibu negara sejak 1970.– BERNAMA-SPUTNIK

Continue Reading

Previous: Pencarian mangsa tanah runtuh lombong Indonesia ditamatkan, angka kematian 13 orang
Next: Jurutera Qantas beri amaran gangguan penerbangan susulan mogok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.