Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Banjir: Ambil tindakan segera pantau situasi banjir di Lebuh Raya Pan Borneo – Nanta
  • SEMASA

Banjir: Ambil tindakan segera pantau situasi banjir di Lebuh Raya Pan Borneo – Nanta

Utusan Sarawak 2 months ago
SITUASI banjir di kawasan sekitar Jambatan Durin laluan Lebuh Raya Pan Borneo, pagi tadi. Foto Facebook Sharein Maloh
 

SIBU: Situasi hujan berterusan telah menyebabkan beberapa kawasan di Sibu dilanda banjir sejak beberapa hari lalu.

Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata, ini termasuklah di kawasan sekitar Jambatan Durin di laluan Lebuh Raya Pan Borneo.

“Saya telah dimaklumkan keadaan itu berpunca dari hujan berterusan yang menyebabkan paras air sungai Batang Rajang meningkat dan melimpah ke jalan raya.

“Sebagai langkah berjaga-jaga, saya meminta JKR Sarawak mengambil tindakan segera untuk memantau situasi banjir yang melanda jalan raya terutama di Lebuh Raya Pan Borneo,” katanya menerusi kenyataan sebentar tadi.

Ahli Parlimen Kapit itu juga berkata, buat masa ini semua jalan tersebut masih tidak boleh dilalui kenderaan kecil dan ringan.

Nanta pada masa sama menasihatkan semua pengguna jalan raya agar lebih berwaspada dengan situasi semasa, dan sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa demi keselamatan semua pihak.

Oleh Akun Giman

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Henti buat andaian, tohmahan
Next: Dividen Tabung Haji 3.25 peratus, tertinggi dalam tempoh 7 tahun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.