Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Bangunan uzur, Gereja Methodist Iban Bintulu terima peruntukan baik pulih
  • Utara
  • WILAYAH

Bangunan uzur, Gereja Methodist Iban Bintulu terima peruntukan baik pulih

Utusan Sarawak 3 weeks ago
JOHNNY Pang meninjau keadaan di Gereja Methodist Iban Pasar Bintulu bersama wakil BDA dan pihak gereja.
Foto Facebook Johnny Pang Leong Ming

BINTULU: Gereja Methodist Iban Pasar Bintulu bakal menjalani kerja-kerja baik pulih melibatkan pembaikan siling bocor, penambahbaikan sistem pencahayaan, dan pengecatan semula ruang dalaman menerusi peruntukan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) DUN Tanjong Batu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming, berkata lawatan tapak telah diadakan bersama wakil Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) dan pihak gereja bagi meneliti keperluan mendesak serta merangka pelan tindakan bersesuaian.

“Skop kerja merangkumi penggantian siling bocor, pemasangan lampu baharu dan kerja mengecat semula ruang dalam bangunan bagi menjamin keselamatan serta keselesaan jemaah,” katanya menerusi kenyataan di Facebook rasmi beliau.

Tambahnya, pihak gereja sebelum ini telah beberapa kali menyuarakan kebimbangan berhubung keadaan bangunan yang semakin uzur, terutamanya melibatkan kebocoran serius di bahagian siling.

“Selepas beberapa sesi perbincangan, saya mengatur lawatan bersama pihak BDA untuk penilaian bersama, dan menggesa agar pelan reka bentuk serta anggaran kos disediakan secepat mungkin,” ujarnya.

Menurut Johnny, sebelum ini peruntukan RTP turut digunakan bagi kerja baik pulih kemudahan sedia ada dan pembinaan kawasan parkir baharu bagi menyokong pelaksanaan pelbagai program komuniti, terutamanya aktiviti belia.

“Saya menyokong penuh inisiatif pihak gereja dalam menganjurkan program-program belia yang membina sahsiah dan membantu menjauhkan mereka daripada pengaruh negatif,” katanya lagi.

Beliau turut memberi jaminan bahawa pelaksanaan projek ini akan dipantau secara berkala agar siap mengikut jadual dan memberi manfaat optimum kepada komuniti setempat.

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Wujudkan pertubuhan khusus demi pembangunan rakyat – Lidam Assan
Next: RM12 juta naik taraf jalan ladang, bina jambatan di DUN Saribas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.