Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Bangunan baharu Persatuan Foochow Bintulu dilengkapi kemudahan untuk warga emas
  • Tengah
  • WILAYAH

Bangunan baharu Persatuan Foochow Bintulu dilengkapi kemudahan untuk warga emas

Utusan Sarawak 3 months ago

BINTULU: Sebanyak RM5.5 juta diperlukan bagi menyiapkan sepenuhnya bangunan baharu Persatuan Foochow Bintulu, termasuk kerja-kerja pengubahsuaian dan penambahan kemudahan seperti lif untuk kemudahan ahli persatuan terutamanya warga emas.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming berkata, usaha kutipan dana sedang giat dijalankan bagi memastikan bangunan setinggi empat tingkat itu dapat digunakan sepenuhnya dalam tempoh terdekat.

“Bangunan ini sebelum ini merupakan sebuah pasar raya yang telah terbiar selama beberapa tahun. 

“Oleh itu, kerja-kerja pengubahsuaian dan naik taraf perlu dilakukan bagi memenuhi keperluan persatuan,” katanya selepas mengadakan lawatan ke bangunan tersebut.

Dalam masa yang sama, peruntukan di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) turut akan disalurkan bagi pembinaan lif untuk memudahkan pergerakan ahli, sejajar dengan peningkatan jumlah keahlian persatuan.

Ujar beliau, usaha seumpama itu bukan sahaja memberi manfaat kepada ahli persatuan tetapi juga berperanan dalam memperkukuh hubungan komuniti serta memacu perkembangan aktiviti sosial dan kebudayaan dalam kalangan masyarakat Foochow di Bintulu.

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Perkhidmatan Klinik Kesihatan Kabong diutamakan
Next: 131 pelajar terima bantuan sekolah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.