Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Bangladesh lanjutkan perintah berkurung, tahan penunjuk perasaan
  • GLOBAL

Bangladesh lanjutkan perintah berkurung, tahan penunjuk perasaan

Utusan Sarawak 10 months ago
PERGERAKAN orang awam dipantau di sepanjang jalan oleh askar Bangladesh yang berkawal berikutan perintah berkurung dan penempatan pasukan tentera di Dhaka, Bangladesh. Foto AFP

DHAKA: Bangladesh melonggarkan perintah berkurung hari ini dan esok selama sembilan jam di tengah-tengah tindakan tegas terhadap protes pelajar yang semakin memuncak, lapor Agensi Anadolu (AA).

Menteri Dalam Negeri, Asaduzzaman Khan dalam sidang media awal pagi tadi mengumumkan bahawa perintah berkurung yang bermula Sabtu lalu akan dilanjutkan di Dhaka dan tiga bandar lain.

Bagaimanapun, pihak berkuasa melonggarkan perintah berkurung bermula 8.00 pagi sehingga 5.00 petang di bandar-bandar terbabit. Sementara bandar-bandar lain akan diputuskan pihak berkuasa tempatan.

Pelajar yang menyertai demonstrasi berjanji untuk terus berprotes sehingga sembilan tuntutan mereka dipenuhi.

Antara tuntutan itu termasuk mengharamkan Liga Chhatra, pendakwaan terhadap mereka yang bertanggungjawab atas kematian penunjuk perasaan dan permohonan maaf dari Perdana Menteri Sheikh Hasina.

Angka kematian telah meningkat kepada sekurang-kurangnya 204 orang sejak protes tercetus pada 16 Julai, menurut akhbar tempatan Prothom Alo.

Kerajaan belum mengeluarkan laporan rasmi mengenai angka korban.

Dalam perkembangan berkaitan, lebih 5,500 orang telah ditahan di seluruh negara termasuk 1,100 penunjuk perasaan, semalam. Khan berkata, penahanan akan terus dilakukan.

Kerajaan memutuskan perkhidmatan internet pada Jumaat lalu ketika protes bertukar ganas.

Protes pelajar bermula awal Julai, menuntut reformasi sistem kuota bagi sektor kerajaan.

Protes semakin memuncak selepas Sheikh Hasina melabel penunjuk perasaan sebagai “razakar,” istilah yang merujuk kepada pengkhianat yang bersekongkol dengan tentera Pakistan semasa perang kemerdekaan Bangladesh pada 1971. – Bernama – Anadolu

Continue Reading

Previous: Olimpik 2024: Jurulatih bola sepak Kanada dihantar pulang
Next: Kekalkan gegelung Olimpik di Menara Eiffel sebagai warisan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.