Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Bandong Walk Sibu bakal berwajah baharu
  • Tengah
  • WILAYAH

Bandong Walk Sibu bakal berwajah baharu

Utusan Sarawak 3 weeks ago
DATUK Dr Annuar Rapa’ee.

SIBU: Premis menjual makanan Bandong Walk akan berubah wajah apabila fasa pertama projek naik taraf dan ubah suai dengan kos sebanyak RM1.7 juta dijangka siap dalam tempoh 12 bulan.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Dr Annuar Rapa’ee berkata, projek berkenaan akan melibatkan 19 gerai dijangka bermula dalam tempoh dua bulan.

Menurutnya, premis tersebut yang diwujudkan sejak lebih 10 tahun lalu, telah banyak memberi peluang untuk peniaga kecil mencari rezeki.

“Maka sudah tiba masanya untuk Bandong Walk ini diubah suai dan naik taraf. Semoga penaambaikan ini akan menceriakan dan menambah rezeki lebih kapada para pengusaha,” katanya dalam hantaran menerusi akaun Facebook DUN Nangka hari ini.

Hantaran itu yang turut memuatkan video reka bentuk terkini Bandong Walk.

Dalam ruangan komen, netizen memuji wajah baharu destinasi menjamu selera popular di Sibu itu dan menyamakannya seperti di Eropah.

Ada juga dalam kalangan mereka yang turut mencadangkan supaya pihak berkuasa tempatan menyediakan lebih banyak tempat letak kereta bagi memudahkan pengunjung.
Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Wanita tunjang utama, pembangunan komuniti
Next: Jambatan Lingga siap bulan depan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.