Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Bandar Simanggang lokasi pertama dalam negeri guna lampu isyarat berkeupayaan AI
  • WILAYAH

Bandar Simanggang lokasi pertama dalam negeri guna lampu isyarat berkeupayaan AI

Utusan Sarawak 8 months ago
FOKUS…Datuk Francis Harden Hollis dan rombongan sedang mendengar penjelasan kontraktor pada upacara menyaksikan pengoperasi kemudahan Lampu Isyarat STILE yang pertama di simpang pasar raya besar LePaPa Sri Aman di Bandar Simanggang, hari ini.

SIMANGGANG: Bandar Simanggang telah menjadi lokasi pertama dalam negeri ini yang menggunakan kemudahan lampu isyarat berkeupayaan kecerdasan pintar (AI) berasaskan sistem ‘Sarawak Traffic Light Intelligence Logistic Excellence’ (STILE).

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Francis Harden Hollis berkata, terdapat lima kemudahan lampu isyarat baharu berasaskan sistem STILE yang beroperasi dalam bandar ini.

“Lima kemudahan lampu isyarat STILE yang baharu ini beroperasi di kawasan simpang Jalan Hollis, Jalan Michael Pilo, Jalan Kampung Muhibbah, LePaPa dan Jalan Brayun dalam bandar ini.

“Lampu isyarat STILE pertama telah beroperasi (pada 13 September) di simpang masuk pasar raya besar LePaPa Sri Aman dengan yang lain pula akan beroperasi secara berperingkat-peringkat sehingga penghujung Oktober nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas tamat sesi taklimat mengenai kemudahan Lampu Isyarat STILE di Pusat Kawalan Lampu Isyarat AI diĀ  Jabatan Kerja Raya (JKR) Sri Aman dekat sini, hari ini.

SIAP… Datuk Francis Harden Hollis dan rombongan pada upacara menyaksikan pengoperasi kemudahan Lampu Isyarat STILE yang pertama di simpang pasar raya besar LePaPa Sri Aman di Bandar Simanggang, hari ini.

Selain itu, Harden pada sidang media itu juga memberitahu kewujudan lima kemudahan Lampu Isyarat STILE ini nanti akan dapat memberi banyak faedah terhadap komuniti setempat dalam Bandar Simanggang.

“Faedahnya nanti adalah dari segi disiplin di jalan raya memandangkan kemudahan Lampu Isyarat STILE ini akan dapat mengesan kelajuan, lori yang membawa muatan lebih, nombor plat pendaftaran dan sebagainya.

“Justeru, diharap agar Bandar Simanggang dapat memberi contoh yang baik menerusi pengoperasian kemudahan ini nanti supaya disiplin pengguna jalan raya dapat dipertingkat dan seterusnya membantu pelaksanaan lebih banyak program,” katanya.

Harden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang turut menambah sejumlah empat lagi kemudahan Lampu Isyarat STILE akan dirancang untuk dirancang di kawasan Projek Jalan Utama Kedua (STR) di Sri Aman.

Hadir sama, pemangku Residen Bahagian Sri Aman Mahra Salleh, Pegawai Tadbir Khas Agensi Pembangunan Sri Aman (SADA) Datu Indit Bangai, Pegawai Daerah Sri Aman Shariff Bujang, Jurutera Bahagian JKR Sri Aman Minjo Simanding dan Penguasa Jabatan Tanah dan Survei Sri Aman Michealson Nyisin.

Terdahulu, projek pemasangan lima kemudahan Lampu Isyarat STILE ini telah pun dilaksana oleh syarikat Rimbun Energy Sdn Bhd dengan kos sebanyak RM4,250,500 dan sudah mencapai status siap sebanyak 86 peratus setakat hari ini.

Oleh Valentine Ngumbang

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Program Gaya Hidup Sihat berlangsung di padang kawad IPD Sibu
Next: Mangsa kebakaran Rumah Nura Buling terima bantuan pelbagai pihak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.