Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Bandar Raya New York benarkan laungan azan pada Jumaat, Ramadan
  • GLOBAL

Bandar Raya New York benarkan laungan azan pada Jumaat, Ramadan

Utusan Sarawak 2 years ago
Agensi Anadolu memetik sidang akhbar Datuk Bandar New York City Eric Adams semalam melaporkan Adams membenarkan laungan azan pada waktu yang ditetapkan setiap Jumaat dan sepanjang Ramadan di Bandar Raya New York.

WASHINGTON: Datuk Bandar New York City Eric Adams mengumumkan bandar raya itu akan membenarkan laungan azan pada waktu yang ditetapkan setiap Jumaat dan sepanjang Ramadan.

“Sudah terlalu lama wujud kekeliruan mengenai komuniti mana yang tidak dibenarkan untuk melaungkan azan mereka.

“Hari ini, kami mengetepikan kerenah birokrasi dan menyatakan dengan jelas bahawa masjid dan rumah ibadat bebas untuk mengumandangkan azan pada hari Jumaat dan pada bulan Ramadan tanpa perlu memohon kebenaran,” lapor Agensi Anadolu memetik sidang akhbar Adams, semalam.

Pada sidang akhbar yang dihadiri oleh wakil dari pelbagai persatuan masjid dan yayasan Islam itu, Adams berkata: “Anda bebas mengamalkan kepercayaan anda di New York City kerana di bawah undang-undang kita semua berhak mendapat layanan yang sama. Pentadbiran kami amat berbangga dengan mencapai pensetujuan ini”.

Mengikut peraturan baharu itu, masjid boleh menyiarkan laungan azan setiap Jumaat antara 12.30 tengah hari dan 1.30 tengah hari, serta sebelum berbuka puasa, setiap petang pada Ramadan.

Pemimpin masyarakat Islam berterima kasih kepada Datuk Bandar dan pegawai lain yang terlibat.

Selepas mesyuarat berakhir, azan dilaungkan dari podium, disertai penjelasannya dalam bahasa Inggeris, katanya. – Bernama – Agensi Anadolu

Continue Reading

Previous: 12 daripada 14 kilang Toyota di Jepun hentikan operasi
Next: Nahas Helikopter: Mayat tiga anggota marin AS ditemukan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.