Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Baju Raya: Beli siap atau tempah?
  • TEMPATAN

Baju Raya: Beli siap atau tempah?

Utusan Sarawak 2 months ago
Nurraisya Amira Tajuden
Nur Syafiqah Chai
Khairun Nisa Makri

SERIAN: Menjelang 1 Syawal yang semakin menghampiri, selain biskut Raya dan perhiasan rumah, sudah semestinya orang ramai juga bersemangat untuk mencari pakaian baharu bagi digayakan pada hari kemenangan selepas sebulan menjalani ibadah puasa.

Nurraisya Amira Tajuden, guru
Disebabkan kekangan masa, saya hanya membeli baju Raya yang dijual di butik atau bazar Aidilfitri. Bagi saya, harganya jauh lebih murah berbanding menghantar kain kepada tukang jahit. Kos menjahit baju kini juga semakin melambung.

Alyaa Diyana, perkhidmatan pelanggan
Saya mahukan kelainan bagi perayaan Aidilfitri. Jadi, saya lebih gemar membeli kain dan menghantar baju Raya kepada tukang jahit mengikut rekaan dan kemahuan sendiri. Ayuh beri sokongan kepada tukang jahit tempatan!

Khairun Nisa Makri, pembantu tadbir perkeranian
Saya memilih untuk membeli baju Raya yang sudah siap dijahit sahaja. Sekarang, pelbagai jenis fesyen moden dan tradisional yang dijual dalam talian. Semuanya berada di hujung jari sahaja. Saya tidak perlu buang masa untuk berhimpit-himpit dengan orang ramai di kedai.

Nur Syafiqah Chai, jurutera

Sejujurnya, saya agak cerewet dalam pemilihan baju Raya. Saya memilih jalan yang paling senang iaitu membeli baju yang sudah siap dijahit. Ia dapat mengurangkan tekanan untuk memikirkan tentang pilihan gaya dan saiz yang mahu digayakan.

Nur Azizah Aziz, juruX-ray
Dari dulu hingga sekarang, saya selesa menempah baju kurung  sekarang dengan tukang jahit kegemaran iaitu mak saya. Saya tidak perlu risau akan ukuran baju dan sebagainya malahan boleh mengelakkan pembaziran dalam perbelanjaan.

Alyaa Diyana
Nur Azizah Aziz
Mohamad Harith Iqmal

Muhammad Fakhrul Nizam, penghantar makanan

Saya menginginkan kualiti yang terbaik. Tempah baju Melayu merupakan pilihan yang paling tepat untuk saya. Dengan ini, saya dapat membantu tukang jahit menambah sumber pendapatan mereka.

Mohamad Harith Iqmal, pelajar
Untuk menjimatkan masa, kebanyakan baju Melayu saya beli melalui platform e-dagang sahaja. Lebih senang lagi mencari potongan baju yang disukai berbanding menempahnya. Saya tidak suka menunggu dan membuang masa.

Irrina Hazwina Mohamad Suhaili, pelajar
Lambakan pelbagai jenama terkini dan aneka pilihan yang cantik menyebabkan saya membeli baju Raya siap dijahit. Saya boleh ‘mencuci mata’ di butik dan melihat sendiri jenis kain yang disukai.

OLEH AIN CHAI

Muhammad Fakhrul Nizam
Irrina Hazwina Mohamad Suhaili

Continue Reading

Previous: Persiapan Aidilfitri: Rancak tapi ala kadar
Next: Terus perkukuh budaya kebajikan, bantu asnaf

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.