Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Badminton bukan sekadar menang, fokus bentuk disiplin atlet
  • SUKAN

Badminton bukan sekadar menang, fokus bentuk disiplin atlet

Utusan Sarawak 4 hours ago
JURULATIH badminton Sarawak, Lu Ting Hien ditemui media ketika pengelasan acara badminton Sukan Olimpik Khas Malaysia 2026 di di Dewan Badminton Pusat Sukan B&G, Bintulu, hari ini.

BINTULU: Sukan Olimpik Khas Malaysia 2026 bukan sekadar medan memburu pingat, sebaliknya menjadi platform membentuk disiplin serta keyakinan diri atlet berkeperluan khas.

Bagi acara badminton, pendekatan itu jelas diterapkan oleh pasukan Sarawak yang lebih menekankan pembangunan sahsiah berbanding kemenangan semata-mata.

Jurulatih pasukan Sarawak, Lu Ting Hien berkata, walaupun sasaran pingat tetap ada fokus utama adalah memastikan atlet mampu mengawal diri dan bermain dalam suasana positif.

“Menang atau kalah bukan perkara utama. Kita mahu lihat dari segi disiplin mereka, bagaimana mereka menjaga diri dan cara mereka bermain,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika ditemui Utusan Sarawak pada sesi pengelasan atlet acara badminton sempena Kejohanan Sukan Olimpik Khas Kebangsaan ke-6 di Dewan Badminton Pusat Sukan B&G, di sini, hari ini.

Menurut beliau, antara cabaran utama pasukan adalah kekangan latihan berpusat apabila atlet datang dari pelbagai kawasan yang jauh.

“Ada yang tidak sempat berlatih bersama. Saya pun tidak dapat pergi jauh untuk kumpulkan semua, jadi ada yang sudah bersedia, ada juga yang belum,” katanya.

Bagaimanapun, beliau masih optimis pasukan Sarawak mampu meraih sekurang-kurangnya satu hingga tiga pingat emas, khususnya dalam acara perseorangan lelaki yang dilihat lebih stabil.

“Perseorangan lelaki ada stabiliti. Beregu dan acara bersepadu pun boleh tahan, tetapi ada juga yang 50-50 kerana saingan negeri lain pun kuat,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau menegaskan bahawa kejohanan ini memberi peluang kepada atlet berkeperluan khas untuk merasai pengalaman bertanding dalam suasana kompetitif.

“Ini memang peluang untuk mereka. Kita mahu mereka bermain dengan gembira, bukan sampai bergaduh atau terlalu emosi,” katanya.

Tambahnya, beliau berharap atlet dapat mengekalkan semangat kesukanan serta menikmati setiap perlawanan tanpa tekanan berlebihan.

“Saya cuma harap mereka bersemangat, menikmati permainan dan hargai peluang ini,” katanya.

Acara badminton yang berlangsung di B&G Badminton Centre dijangka menjadi antara tumpuan utama temasya yang diadakan dari 24 hingga 26 April ini.

Oleh Shahrul Qaizat dan Faizah Muzidi

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Memupuk semangat patriotisme dan kesetiaan kepada negara – Mohd Effendi
Next: Sukan Olimpik Khas 2026 jadi tapak lahirkan pelapis paralimpik ping pong 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.