Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Memupuk semangat patriotisme dan kesetiaan kepada negara – Mohd Effendi
  • SUKAN

Memupuk semangat patriotisme dan kesetiaan kepada negara – Mohd Effendi

Utusan Sarawak 7 hours ago
PENGHARGAAN…Pengetua SMK Marudi, Mohd Effendi menyampaikan cenderamata kepada YDP PIBG SMK Marudi Anderson Jawi Isa yang mewakili Datuk Gerawat Gala. : Foto : Jiku Juguong

MARUDI: Seramai 377 orang atlet terlibat dalam Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Marudi Kali ke-62.

Kejohanan itu dilangsungkan di Kompleks Sukan Marudi yang dirasmikan Yang Dipertua PIBG, Anderson Jawi Isa bagi mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu Datuk Gerawat Gala hari ini.

Sehubungan itu Pengetua Sekolah SMK Marudi, Mohd Effendi Panglima dalam ucapan beliau pada kejohanan berkenaan mengucapkan tahniah kepada semua atlet yang terlibat kerana berjaya memberi saingan dan komitmen terhadap penganjuiran serta penyertaan dalam aktiviti dan acara yang berlangsung sepanjang kejohanan ini meskipun dalam keadaan cuaca yang agak panas.

Beliau turut menzahirkan ucapan terima kasaih kepada ibu bapa atas sokongan mereka dan memberi kebenaran kepada anak-anak untuk bersama menjayakan kejohanan ini.

Katanya kejohanan ini bukan sahaja untuk memberi peluang kepada pelajar mencungkil bakat malah untuk mereka mengenal erti perjuangan untuk mencapai sasaran dan impian walau apa pun cabaran, kesusahan dan cubaan sama ada dari segi cuaca dan cabaran-cabaran lain yang mereka hadapi.

RUMAH sukan yang berjaya dalam persembahan bergambar kenagan pada Kejohanan Sukan Tahunan SMK Marudi Kali Ke-62. Foto : Jiku Juguong

Tambah Effendi, pelajar telah diisi dengan nilai mampu menghadapi segala cabaran sebagai mana yang termaktub dalam pendidikan Malaysia antara lainnya mengajar pelajar yang beradap, berilmu dan ketahanan diri yang tinggi.

“Terima kasih kepada semua pelajar kerana telah memberi kerjasama kepada guru-guru, namun ada juga pelajar yang kurang memberi kerjasma dan ini akan menjejskan keseluruhan organisasi sekolah,” tegasnya.

Beliau juga ingin pelajar sekolah ini belajar dan mewujudkan nilai patriotik kepada diri mereka kerana kita memerlukan rakyat yang setia dan patriotik kepada Negara.

 “Kepada rumah sukan saya ingin mengucapkan tahniah kerana anda telah menampilkan persembahan yang baik dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan sepanjang kejohanan sukan tahunan ini,” tambah beliau.

Dalam pada itu persembahan rumah sukan terbaik dimenangi oleh rumah sukan Achiever, naib johan, rumah sukan Superior dan rumah sukan Challenger dan rumah sukan Explorer masing-masing di tempat ketiga dan keempat.

Oleh Jiku Jugong

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Atlet akuatik Sarawak tampil bersemangat, fokus kekuatan mental
Next: Badminton bukan sekadar menang, fokus bentuk disiplin atlet

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.