Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Sukan Olimpik Khas 2026 jadi tapak lahirkan pelapis paralimpik ping pong 
  • SUKAN

Sukan Olimpik Khas 2026 jadi tapak lahirkan pelapis paralimpik ping pong 

Utusan Sarawak 3 hours ago
JURULATIH ping pong Sarawak, Ting Kung Yew ditemui Utusan Sarawak ketika sesi pengelasan Sukan Olimpik Khas Malaysia 2026 di Stadium Muhibbah, Bintulu, hari ini.

BINTULU: Sukan Olimpik Khas bukan sekadar medan pertandingan, sebaliknya menjadi platform penting dalam melahirkan atlet pelapis ke peringkat paralimpik negara.

Bagi acara ping pong, peranan itu jelas terbukti apabila terdapat atlet yang bermula dari Sukan Olimpik Khas Sarawak berjaya melangkah ke peringkat lebih tinggi sehingga menjadi pelapis paralimpik negara.

Jurulatih ping pong Sarawak, Ting Kung Yew berkata, temasya tersebut membuka peluang luas kepada atlet berkeperluan khas untuk mencuba serta mengembangkan potensi mereka dalam sukan.

“Sukan Olimpik Khas ini memberi peluang kepada mereka untuk terlibat dalam pertandingan. Kalau tidak menang pun, mereka boleh cuba dan dari situlah kita lihat potensi mereka,” katanya ketika ditemui Utusan Sarawak pada sesi pengelasan acara ping pong di Stadium Muhibbah, di sini, hari ini.

Menurutnya, tidak semua atlet berpeluang menyertai temasya seperti Para Sukma yang mempunyai syarat pemilihan lebih ketat, termasuk penilaian tertentu.

“Berbeza dengan Para Sukma, pemilihannya lebih ketat. Tapi di sini, mereka diberi peluang untuk mencuba dan dari situ kita boleh bangunkan mereka ke peringkat seterusnya,” katanya.

Beliau berkata, terdapat atlet yang pernah dilatihnya bermula dari peringkat Sukan Olimpik Khas sebelum berjaya menempatkan diri sebagai pelapis paralimpik negara, sekali gus membuktikan keberkesanan platform tersebut.

“Memang sudah ada contoh. Atlet itu bermula dari Sukan Olimpik Khas dan kini berada dalam kelompok pelapis paralimpik negara,” ujarnya.

Mengulas mengenai persiapan pasukan Sarawak, beliau berkata atlet telah menjalani latihan sejak Februari lalu selepas dipilih melalui temasya Sukan Olimpik Khas peringkat negeri di Kuching.

“Hari ini sesi pengelasan bagi membiasakan mereka dengan tempat dan corak permainan. Secara keseluruhan, pasukan memang sudah bersedia,” katanya.

Dalam pada itu, beliau tidak meletakkan sasaran pingat sebaliknya lebih memberi fokus kepada penyertaan dan pengalaman atlet.

“Bagi saya, kalau mereka dapat wakil pun sudah dikira berjaya. Mereka sudah berlatih bersungguh-sungguh dan itu yang lebih penting,” katanya.

Beliau turut berharap agar temasya ini dapat membuka peluang kepada atlet Sarawak untuk dipilih mewakili negara ke kejohanan antarabangsa pada masa hadapan.

“Harap ada wakil dari sini untuk ke peringkat lebih tinggi, mungkin ke luar negara. Itu sasaran jangka panjang kita,” katanya.

Oleh Shahrul Qaizat dan Faizah Muzidi

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Badminton bukan sekadar menang, fokus bentuk disiplin atlet
Next: SIPR berpotensi jadi identiti sukan antarabangsa Sibu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.