Bacaan IPU di kebanyakan kawasan di Sarawak semakin menurun, kualiti udara semakin baik

Facebook
WhatsApp
BACAAN IPU Sarawak setakat 4.00 petang, hari ini. Sumber NREB.

KUCHING: Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di beberapa kawasan Sarawak menunjukkan penurunan, memberi petunjuk keadaan kualiti udara mula beransur pulih.

Bacaan tertinggi direkodkan di Lubok Antu dengan (225), diikuti Sri Aman (216) dan Lundu (210), yang masing-masing masih berada pada tahap sangat tidak sihat.

Sementara itu, Kuching mencatatkan bacaan (191), Samarahan (195), Serian (182), Sarikei (185), Sibu (174), Mukah (188), Bintulu (190), Samalaju (196), Miri (170), ILP Miri (176), Limbang (157), Tebedu (159), Kanowit (198), Lawas (116) dan Betong (193), semuanya pada tahap tidak sihat.

Kapit dengan bacaan (90) dan Bario (80) pula masing-masing berada pada tahap sederhana.

Walaupun terdapat penurunan bacaan di beberapa kawasan, kebanyakan stesen pemantauan masih merekodkan IPU pada tahap tidak sihat hingga sangat tidak sihat.

Keadaan itu menunjukkan kualiti udara di Sarawak mula menunjukkan trend pemulihan, namun masih memerlukan pemantauan berterusan.