Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • BAC: Tang Jie-Toh Ee Wei ke pusingan kedua, Kian Meng-Pei Jing terkandas
  • SUKAN

BAC: Tang Jie-Toh Ee Wei ke pusingan kedua, Kian Meng-Pei Jing terkandas

Utusan Sarawak 2 years ago
Beregu campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menewaskan beregu Korea Selatan Kim Won Ho-Jeung Na Eun di Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2023 di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

KUALA LUMPUR: Beregu campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei membuka kempen Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2023 di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dengan langkah kanan selepas menewaskan beregu Korea Selatan Kim Won Ho-Jeung Na Eun.

Gandingan negara di ranking ke-22 itu mengejutkan pasangan ke-10 dunia dengan kemenangan mudah 21-14, 21-13 dalam 34 minit pertarungan berlangsung di Dewan Tertutup Rashid bin Hamdan, Kelab Al Nasr.

Tang Jie-Ee Wei dijadual berdepan wakil Indonesia Praveen Jordan-Melati Daeva Oktavianti pada pusingan kedua, yang terdahulu mengenepikan pasangan Jepun Kyohei Yamashita-Naru Shinoya 21-17 dan 21-16.

Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie yang turut mara ke pusingan kedua, bagaimanapun terpaksa bermandi peluh apabila diheret bermain dalam set penentuan sebelum menewaskan Ye Hong Wei-Lee Chia Hsin dari Taiwan.

Soon Huat-Shevon yang menduduki ranking kelapan dunia dikejutkan apabila tewas set pertama 15-21 sebelum bangkit pada set kedua 22-20 sebelum mengenepikan gandingan Taiwan di ranking ke-23 21-15, sekali gus menempah pertemuan dengan pasangan ranking ke-51 dari China Cheng Xing-Chen Fang Hui.

Namun, nasib berbeza buat satu lagi beregu campuran negara apabila Tan Kian Meng-Lai Pei Jing yang diletakkan sebagai pilihan kelima kejohanan terpaksa menamatkan perjuangan pada edisi kali ini selepas tewas kepada wakil China Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin 21-17, 21-13. – Bernama

Continue Reading

Previous: 222 perenang dari 27 sekolah sertai PASC ke-6
Next: Messi dinobat Ahli Sukan Terbaik Laureus 2023

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.