Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Azmin Ali dilantik Setiausaha Agung Perikatan Nasional
  • SEMASA

Azmin Ali dilantik Setiausaha Agung Perikatan Nasional

Utusan Sarawak 5 months ago

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Perikatan Nasional (PN) mengesahkan pelantikan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Setiausaha Agung gabungan itu manakala Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dilantik sebagai Ketua Penerangan.

Menurut Mohamed Azmin dalam kenyataan malam tadi, Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mempengerusikan mesyuarat itu turut memaklumkan Datuk Mas Ermieyati Samsudin sebagai Ketua Wanita PN.

Beliau berkata, Bersatu menamakan Datuk Seri Hamzah Zainudin sebagai Timbalan Pengerusi PN manakala Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin dan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee sebagai anggota MT PN selaras dengan keputusan pemilihan parti itu baru-baru ini.

“Mesyuarat MT PN juga membincangkan dan mengambil maklum perkembangan politik semasa di Sabah dan mengambil ketetapan bahawa Perikatan Nasional akan menyertai Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan diadakan selewat-lewatnya bulan November 2025,” katanya.

Beliau berkata, PN Sabah diberikan tanggungjawab untuk membuat persiapan dan perbincangan dalam merangka strategi untuk membentuk kerajaan baharu di negeri itu.

MT PN juga katanya menerima penubuhan Jabatan Dasar dan Strategi yang berperanan dalam semua isu-isu strategik dan pelan tindakan strategik serta bertanggungjawab kepada kaji selidik berkaitan isu semasa negara.

Dalam pada itu, Mohamed Azmin berkata PN komited untuk terus berada di lapangan bagi membantu mangsa banjir termasuk kerja-kerja pembersihan pascabanjir. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Parlimen: Titah Addendum, inflasi kos perubatan antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Next: Malam Media CMS penghargaan kepada media

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.