KUCHING, 28 Oktober: Tiga kawasan di Sarawak merekodkan kualiti udara pada tahap baik setakat 8.00 malam ini, manakala kawasan lain berada pada tahap sederhana.
Berdasarkan data Indeks Pencemaran Udara (IPU) setakat 8.00 malam ini, Bario mencatatkan bacaan terendah iaitu 36, diikuti Belaga (40) dan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri (41).
Bagi kawasan yang mencatatkan bacaan pada tahap sederhana, Samalaju merekodkan bacaan tertinggi iaitu 74, diikuti Sri Aman dengan 69.
Kuching, Bintulu dan Betong masing-masing merekodkan bacaan IPU 62, manakala IPD Serian mencatatkan 60.
Samarahan dan Lubok Antu masing-masing mencatatkan bacaan 59, sementara Kapit dan Lundu merekodkan 58.
Sarikei, Miri dan Kanowit masing-masing mencatatkan bacaan 57, diikuti Sibu dan Lawas dengan 56.
Mukah merekodkan bacaan 54, manakala Limbang dan Tebedu masing-masing mencatatkan 53.
Secara keseluruhan, bacaan IPU di Sarawak berada dalam lingkungan 36 hingga 74 setakat 8.00 malam ini.
Bacaan IPU antara sifar hingga 50 dikategorikan sebagai baik, manakala bacaan 51 hingga 100 berada pada tahap sederhana.
Oleh Norman B





