KUCHING, 28 Oktober: Kualiti udara di kebanyakan kawasan di Sarawak kekal pada tahap Sederhana setakat 5.00 petang ini, berdasarkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di 21 stesen pemantauan seluruh negeri.
Daripada jumlah itu, 19 stesen merekodkan bacaan IPU dalam kategori Sederhana, manakala dua lagi berada pada tahap Baik.
Samalaju mencatatkan bacaan tertinggi iaitu 75, diikuti Sri Aman (73), manakala Kuching, Bintulu dan Betong masing-masing merekodkan bacaan 65.
Bacaan di Samarahan dan Belaga masing-masing ialah 63, diikuti IPD Serian (MCAQM) dan Lubok Antu dengan bacaan 62.
Lundu merekodkan bacaan 61, manakala Sarikei, Sibu dan Kapit masing-masing mencatatkan 58, diikuti Miri (57), Lawas (55), Mukah dan Limbang (54), Kanowit (53) serta Tebedu (51).
Sementara itu, kualiti udara di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri berada pada tahap Baik dengan bacaan IPU 42.
Bario pula merekodkan bacaan terendah di Sarawak iaitu 22, sekali gus menjadikannya antara kawasan dengan kualiti udara terbaik berdasarkan pemantauan petang ini.





