Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Azizulhasni, PKBM terima anugerah BrandLaureate
  • SUKAN

Azizulhasni, PKBM terima anugerah BrandLaureate

Utusan Sarawak 6 hours ago
Azizulhasni bersama Amarjit ketika menerima anugerah ‘Book of World Records’ The BrandLaureate. Foto PKBM

KUALA LUMPUR: Jaguh berbasikal trek negara Datuk Muhammad Azizulhasni Awang menerima pengiktirafan Book of World Records daripada The BrandLaureate, iaitu anugerah penjenamaan berprestij di Malaysia dan rantau Asia-Pasifik.

Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) memaklumkan Muhammad Azizulhasni atau lebih dikenali dengan julukan The Pocket Rocketman menerima penghargaan berkenaan baru-baru ini, selepas menghadiahkan pingat emas acara keirin dan perak dalam acara pecut individu pada kejohanan trek Piala Dunia 2026 di Velodrom Nasional. 

“PKBM ingin mengucapkan tahniah kepada Datuk Azizulhasni kerana menerima anugerah Book of World Records daripada The BrandLaureate. PKBM sangat menghargai kejayaan ini. Tahniah Datuk Azizulhasni,” kata Presiden PKBM Datuk Amarjit Singh dalam kenyataan sama, hari ini. 

Sementara itu, PKBM turut menerima anugerah khas daripada The BrandLaureate atas jasa mempromosikan sukan berbasikal dan meletakkan Malaysia sebagai antara jenama terkemuka dalam peta sukan dunia.

Terdahulu, Muhammad Azizulhasni menerima anugerah tersebut di sebuah hotel terkemuka di sini daripada Tan Sri Dzulkifli Ahmad yang juga bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pada 2024, Muhammad Azizulhasni telah menerima Sport Icon Awards daripada The BrandLaureate.

Antara atlet Malaysia yang pernah menerima pelbagai anugerah khas daripada The BrandLaureate ialah pemain perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia, atlet Muay Thai Johan Ghazali Zulfikar dan jaguh olahraga para Datuk Abdul Latiff Romly.- Bernama

Continue Reading

Previous: SUKMA 2026: Selangor kurangkan kos penganjuran hampir 50 peratus
Next: Piala Thomas: Misi runtuhkan Tembok Besar China menanti Malaysia di suku akhir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.