Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Ayam riuh ular sawa bertandang
  • Tengah
  • WILAYAH

Ayam riuh ular sawa bertandang

Utusan Sarawak 4 months ago
DITANGKAP…. Ular sawa ditangkap menggunakan alat penjerut ular. Foto BBP Bintangor 

BINTANGOR: Bunyi riuh ayam dalam reban membawa kepada penemuan seekor ular sawa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 10.42 pagi semalam.

“Pihak kami menerima panggilan kecemasan daripada penduduk di Kampung Malaysia, Jalan Jambatan Merah.

“Respons dengan panggilan kecemasan, ketua operasi, Zamri Rosli bersama tiga orang anggota bomba bergegas ke lokasi,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, setibanya pasukan bomba di lokasi, didapati ular sawa sedang membaham ayam dalam reban.

“Pasukan bomba bertindak menangkap ular sawa menggunakan alat penjerut ular.

“Ular berjaya ditangkap dalam tempoh lebih kurang 14 minit.

“Khidmat khas menangkap ular selesai sepenuhnya pada 11.02 pagi,” katanya. 

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Lebih 2,000 penduduk bakal nikmati projek jalan URDA – Nanta
Next: 807 murid 13 sekolah rendah terima sumbangan pakaian seragam sekolah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.