Tiada pencabar, Dayang Noorazah disahkan menang tanpa bertanding di DUN Lingga

Facebook
WhatsApp
DAYANG Noorazah diisytiharkan menang tanpa bertanding pada PRN Sarawak ke-13 bagi DUN Lingga.

SIMANGGANG, 28 Nov: Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS), mengekalkan kerusi berkenaan selepas diisytiharkan menang tanpa bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-13 (PRN13).

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Bahagian Lingga, Shariff Bujang, mengumumkan kemenangan itu pada 10.17 pagi, selepas hanya satu kertas pencalonan diterima sehingga tamat tempoh penyerahan pada 10.00 pagi di Pusat Penamaan Calon (PPC) Lingga, Dewan Suarah Sri Aman.

Dayang Noorazah tiba di PPC sekitar 8.15 pagi dan menyerahkan kertas pencalonan pada 9.03 pagi, diiringi pencadang Zaleha Jamal serta penyokong Awang Mushtapa Awang Lamodin. 

Kehadirannya disambut kira-kira 600 penyokong yang mula memenuhi kawasan luar dewan sejak 8.00 pagi.

Pada PRN Sarawak 2021, Dayang Noorazah yang ketika itu muka baharu pilihan GPS memenangi kerusi Lingga dengan 3,700 undi dan majoriti 2,273 undi.

Beliau menewaskan pencabar terdekat daripada Parti Sarawak Bersatu (PSB), Datuk Wan Abdillah Edruce Wan Abdul Rahman, yang meraih 1,427 undi.

Calon Bebas, Mohd Sepian Abang Daud, memperoleh 880 undi, manakala Baha Imam daripada Parti Bumi Kenyalang (PBK) mendapat 139 undi.

Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Abang Kassim Abang Bujang, memperoleh 130 undi, diikuti calon Parti Sedar Rakyat Sarawak, Abang Ahmad Abang Suni, dengan 92 undi.

Oleh Adi Safarman

PRN13: Ngemah sah saingan tiga penjuru

KANOWIT, 28 Nov: Perebutan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ngemah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-13 menyaksikan saingan tiga