Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Awas, penyakit jantung terus meningkat! – Dr Sim 
  • SEMASA

Awas, penyakit jantung terus meningkat! – Dr Sim 

Utusan Sarawak 7 months ago

PERASMIAN… Datuk Amar Dr Sim Kui Hian ketika merasmikan Hari Jantung Sedunia 2024 di Taman Perpaduan, di Kuching, hari ini. 

KUCHING: Penyakit kardiovaskular kekal sebagai penyakit utama di negara ini, termasuk di Sarawak. 

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian berkata, lebih daripada 245,000 pesakit telah menerima rawatan di Pusat Jantung Sarawak sepanjang 20 tahun lalu, dan jumlah ini dijangka akan terus meningkat pada masa akan datang.

“Jangan lupa bahawa hanya ada satu hari dalam setahun di mana kita digalakkan untuk mengingatkan semua orang tentang pentingnya menjaga kesihatan jantung.

“Kita juga harus menyayangi keluarga dan rakan-rakan kita, kerana kita tidak mahu kehilangan mereka akibat penyakit jantung,” katanya yang juga seorang pakar kardiologi.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Hari Jantung Sedunia 2024 di Taman Perpaduan, di sini, hari ini. 

Dr. Sim turut menegaskan bahawa pesakit kardiovaskular di Malaysia didapati 10 tahun lebih muda berbanding pesakit di negara maju.

Katanya, ia disebabkan oleh peningkatan prevalens hipertensi, diabetes dan kolesterol tinggi di kalangan penduduk.

Dalam pada itu, Hari Jantung Sedunia tahun ini membawa tema “Use Heart for Action” bertujuan mendorong setiap negara untuk merangka pelan tindakan kebangsaan bagi menangani penyakit kardiovaskular.

Program yang bermula seawal 6:30 pagi itu berjaya menarik penyertaan 1,000 peserta, dengan pelbagai aktiviti diadakan seperti Walk-A-Mile, pemeriksaan kesihatan, ujian kecergasan, dan senaman zumba.

Hadir sama dalam program ini ialah isteri kepada Datuk Amar Dr. Sim, Datin Amar Enn Ong Siok Ean, dan Datuk Bandar Kuching Utara (DBKU), Hilmy Othman.

Oleh Mohd Neenatul Aizal

Continue Reading

Previous: PM luluskan pembesaran Lapangan Terbang Miri 
Next: PM Anwar lulus projek bina jalan raya 72km menghubungkan Nanga Samaram ke Kapit

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.