Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Awang Putrayusrie Pengarah UKAS baharu
  • TEMPATAN

Awang Putrayusrie Pengarah UKAS baharu

Utusan Sarawak 4 months ago
SIMBOLIK… Datuk Abdullah Saidol ketika menyaksikan simbolik serah tugas sebagai Pengarah UKAS daripada Samuel Simon (kanan) kepada Awang Putrayusrie Awang Redzuan (kiri).

KUCHING: Awang Putrayusrie Awang Redzuan dilantik sebagai Pengarah Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) yang baharu, berkuat kuasa semalam.
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) yang juga Pengarah Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS) itu menggantikan Samuel Simon yang telah menyandang jawatan tersebut sebelum ini.
Simbolik penyerahan tugas telah disaksikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol, di Ibu Pejabat UKAS di Bangunan Baitulmakmur di sini, semalam.
Dalam pada itu, Datuk Abdullah merakamkan penghargaan kepada Samuel atas dedikasinya yang tinggi sepanjang setahun setengah menggalas tanggungjawab sebagai Pengarah UKAS.
“Pengalaman luas Samuel dalam dunia media, bermula dari Jabatan Penerangan, telah banyak memberi impak positif kepada UKAS.
“Jiwa dan semangat beliau sangat kuat dalam menjalankan tugas,” katanya.
Pada masa sama, Abdullah berharap Awang Putrayusrie dapat membawa pendekatan dan kepimpinan baharu bagi mengukuhkan lagi peranan UKAS.
“Sekarang kita sudah berada pada 2025, dan penampilan baharu ini harus disertai dengan semangat yang baharu.
“Kepada Pengarah UKAS yang baharu perlu menyesuaikan diri dengan pelbagai situasi dan bertindak mengikut keperluan semasa,” katanya.
Menurut Awang Putrayusrie, beliau mengakui bahawa tugas sebagai Pengarah UKAS adalah satu amanah besar dan beliau berjanji untuk berusaha sebaik mungkin dalam melaksanakan tanggungjawab yang diberikan.
“Saya menyedari bahawa tugas ini adalah satu cabaran besar bagi saya.
“Oleh itu, saya amat menghargai sokongan, pertimbangan, panduan dan nasihat daripada seluruh warga UKAS.
“Saya bertekad untuk berusaha sebaik mungkin dan memastikan segala amanah yang dipertanggungjawabkan kepada UKAS dapat dilaksanakan dengan jayanya melalui kerjasama dalam satu pasukan,” katanya.
Terdahulu, Samuel turut menyampaikan penghargaan kepada seluruh warga UKAS atas kerjasama dan sokongan yang diberikan sepanjang tempoh perkhidmatannya.
“Saya berasa bangga dengan pencapaian yang telah UKAS raih setakat ini, walaupun masih ada ruang untuk penambahbaikan.
“Pengalaman saya di UKAS sangat bermakna dan saya ingin menegaskan bahawa saya amat berterima kasih dan menghargai setiap warga kerja UKAS atas dedikasi dan sokongan yang diberikan,” katanya.
Samuel turut menjelaskan bahawa beliau yakin terhadap kemampuan Awang Putrayusrie, yang memiliki pengalaman luas untuk membawa UKAS ke tahap yang lebih tinggi dan memperkukuh peranan unit tersebut dalam komunikasi awam di wilayah ini.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Penampilan terkini patung kucing ikonik
Next: JPJ periksa 104 kenderaan dalam operasi khas di Jalan Kuching-Serian

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.