Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Aubameyang dalam radar Inter
  • SUKAN

Aubameyang dalam radar Inter

Utusan Sarawak 5 years ago
PIERRE-EMERICK AUBAMEYANG

Inter Milan dilaporkan menawarkan Mauro Icardi kepada Arsenal sebagai sebahagian perjanjian untuk membawa Pierre-Emerick Aubameyang ke kelab berkenaan.

Antonio Conte berharap dapat menggunakan ketidaktentuan mengenai kontrak Aubameyang dengan menambahnya ke dalam skuad kelab berpangkalan di San Siro itu menurut laporan Tuttosport.

Arsenal sudah mengemukakan tawaran baharu buat Aubameyang dengan kontraknya ketika ini akan tamat pada 2021.

Namun kapten mereka itu masih belum menandatanganinya menyebabkan pengurusan Gunners sedar mereka perlu mengurangkan kerugian musim panas ini berbading kehilangannya tanpa apa-apa tahun depan.

Mendapatkan Icardi secara pertukaran tampak menarik buat Arsenal, selepas pemain Argentina itu menampilkan persembahan baik ketika dipinjamkan ke PSG.

Kelab Perancis itu ada pilihan untuk membeli Icardi pada penamat musim Jun ini, namun keadaan ekonomi ketika ini boleh mengancam perancangan itu apatah lagi Inter meminta £56 juta pound (RM301 juta) untuk perpindahan kekal.

Icardi dipinjamkan musim ini selepas bertelagah dengan pengurusan tertinggi Inter dan tampak tidak lagi ada masa depan di kelab itu jika dia kembali.

Pemain berusia 27 tahun itu sudah menjaringkan 20 gol dalam 28 penampilan buat PSG sepanjang kempen kali ini.-AFP

Continue Reading

Previous: Zidane terkejut lihat fizikal Hazard
Next: Perak bincang penstrukturan gaji

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.