Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • ATM tubuhkan Hospital Medan
  • TEMPATAN

ATM tubuhkan Hospital Medan

Utusan Sarawak 4 years ago
PERSIAPAN… Anggota ATM dalam membuat persediaan untuk penubuhan Hospital Medan di Sibu.

SIBU: Angkatan Tentera Malaysia siapsiaga membantu negara dalam menangani penularan Covid-19 di negara ini dengan menubuhkan Hospital Medan di Sibu.

Briged Kesembilan Infantri Malaysia dalam satu kenyataan berkata, penubuhan Hospital Medan ini bertujuan untuk membantu pihak Hospital Sibu menguruskan pesakit bukan kes Covid-19 sekaligus meringankan tugas staf perubatan di Hospital Sibu.

Katanya, berdasarkan mesyuarat koordinasi ATM bersama agensi-agensi berkaitan, ATM sekali lagi meneruskan khidmat tugas sekundernya dalam  menyediakan Hospital Medan ATM di Sibu setelah menubuhkan Hospital Medan ATM di Kapit.

“Hospital Medan Sibu ini dijangka siap pada 7 Oktober  2021 ini  serta mampu menempatkan 100 katil dan pesakit pada suatu  masa.

“Kerja pembersihan dan persiapan penubuhan Hospital Medan Sibu ini telah diaturgerak dan diketuai oleh Timbalan Komander Rejimen 510 Askar Wataniah (AW) iaitu Lt Kol Ahmad Halim  Mohd Rosli selaku Ketua Tim Persiapan Hospital Medan Sibu serta 10 orang anggota dari Rejimen 510 Askar Wataniah (AW),” katanya.

Menurut kenyataan tersebut, pembinaan hospital ini mempunyai empat fasa iaitu fasa pertama penubuhan Holding Bay Area di parkir Zon 5 serta kerja-kerja pemasangan lima buah khemah jenis TM36 dan Holding Bay ini akan diselia sepenuhnya oleh kakitangan Hospital Sibu.

“Fasa kedua ialah menyusun atur kedudukan khemah dan penempatan 100 buah katil yang dikoordinasikan oleh pihak Hospital Sibu, seterusnya fasa ketiga ialah pembukaan Hospital Medan Sibu yang dijangka akan beroperasi secara rasmi pada 15 Oktober  dan  akan diaturgerak sepenuhnya oleh staf perubatan dari 1 Batalion Ubat.

“Bagi fasa keempat pula ialah penarikan Hospital Medan Sibu yang akan dilaksanakan setelah kes semakin berkurangan dan sehingga Hospital Sibu mampu untuk mengendalikan pesakit seperti sediakala,” jelasnya.

Ujarnya, persiapan ini bersesuaian dengan Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28 dalam tonggak kelima iaitu Peningkatan Hubungan Tentera Darat dengan Awam.

“Persiapan tersebut juga telah dilaksanakan secara norma baharu dengan penglibatan pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) yang minimum dan mematuhi Standard Operating Procedure (SOP) sebagaimana yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

“Komitmen ATM serta kerjasama dengan pelbagai agensi lain akan diteruskan bagi memastikan kesihatan dan kesejahteraan rakyat sentiasa dilindungi seterusnya membantu Negara dalam mengekang penularan wabak Covid- 19 ini,” katanya.

Continue Reading

Previous: Perkasakan komuniti, perangi dadah
Next: Alami detik cemas, bas dihanyutkan arus deras

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.