Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • ATLET SARAWAK ‘MENYINAR’
  • SUKAN

ATLET SARAWAK ‘MENYINAR’

Utusan Sarawak 3 years ago
KENANGAN… Khairina ( dua fari kiri) dan Andrea (dua dari kanan) memegang trofi sambil merakam kenangan bersama dengan bapa mereka dan Jurulatih Daniel Tan (tengah).

DUA atlet Sarawak menduduki tempat kedua dan ketiga pada Kejohanan Boling All-Stars Remaja Storm U22 ke-21 di Sunway Megalanes, Bandar Sunway, Selangor semalam.

Kedua-dua atlet yang menyinar itu ialah Khairina Fatiha Abdul Latif dan Andrea Tan Tze Shuen.

Khairina membuat penampilan sulungnya untuk menewaskan 13 finalis dalam kategori Bawah 12 tahun dengan jumlah jatuhan pin sebanyak 1,371 jatuhan pin dalam 8 perlawanan.

Manakala Andrea dan Mia Zara Amanda Khairul Azar pula terikat untuk pingat perak apabila masing-masing metaih mata yang sama iaitu 1,320 jatuhan pin.

Kedua-dua atlet itu berada di bawah Program Latihan Belia Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) dan Persatuan Boling Amatur Sarawak (ABAS) Pusat Cemerlang (PC) di Kuching, Sarawak.

Jurulatih Program Latihan PC Daniel Tan Yan Han berkata, bahawa pujian harus diberikan kepada Khairina kerana ini adalah kali pertama dia bersaing di peringkat kebangsaan.

“Kerja keras dan komitmen Khairina dan Andrea dalam program latihan di rumah semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan tempoh latihan yang sangat singkat di lorong terutamanya pada masa sukar ini akhirnya membuahkan hasil.

“Kejohanan Boling All-Stars Remaja Antarabangsa Storm U22 telah dibatalkan tahun lepas kerana wabak itu. Bagaimanapun, pada tahun ini, Sunway Megalanes meneruskan acara itu di dalam negara,” katanya menerusi satu kenyataan semalam.

Kejohanan Boling All-Stars Remaja Storm U22 ke-21 2021 bermula pada 11 hingga 20 Disember 2021.

Terdapat kategori kumpulan umur untuk U12, U15. U21 Terbuka untuk Lelaki dan Perempuan.

Acara kumpulan bawah umur 25 tahun untuk lelaki dan perempuan, Cabaran Gen Z turut diadakan.

Oleh JEAKQLYN YACHO

Continue Reading

Previous: Liga Juara-Juara UEFA ‘mula panas’
Next: Mukah cipta sejarah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.