Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • AstraZeneca bebas bahan terlarang
  • GLOBAL

AstraZeneca bebas bahan terlarang

Utusan Sarawak 4 years ago

A man receives the AstraZeneca vaccine against the Covid-19 coronavirus at a hospital in Phnom Penh on March 22, 2021. (Photo by TANG CHHIN Sothy / AFP)

SEORANG lelaki menerima vaksin AstraZeneca di sebuah hospital di Phnom Penh. • Foto AFP

JAKARTA: AstraZeneca mengesahkan vaksin Covid-19 keluarannya tidak mengandungi bahan terlarang, khususnya daripada unsur babi.

Ini sekali gus menyangkal dakwaan sesetengah pihak di Indonesia bahawa vaksin itu tidak halal dari segi syariah.

Majlis ulama tertinggi Indonesia dalam laman webnya pada Jumaat mendakwa vaksin itu ‘haram’ kerana proses pembuatannya menggunakan bahan daripada haiwan tersebut.

Bagaimanapun, majlis itu meluluskan penggunaan vaksin AstraZeneca memandangkan keadaan darurat wabak.

Jurucakap AstraZeneva di Indonesia, Rizman Abudaeri berkata vaksin tersebut tidak menggunakan atau bersentuhan dengan produk berasal daripada babi atau haiwan lain dalam semua peringkat proses pembuatannya.

Majlis ulama dan agensi ubat-ubatan Indonesia tidak memberikan sebarang reaksi berkaitan perkara tersebut.

Pihak berkuasa Indonesia pada Jumaat meluluskan penggunaan vaksin AstraZeneca.

Indonesia salah satu negara paling tinggi jumlah jangkitan di Asia dengan 1.455 jua kes dan lebih 39,000 kematian.-Bernama

Continue Reading

Previous: 14 MAUT Bas terhumban ke cenuram
Next: ‘Encik Normal’ pilihan Belanda

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.