ASSAR perkukuh jaringan bersama agensi di Sibu

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUNJUNGAN HORMAT… ASSAR ke Lembaga Pelabuhan Rajang dan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Sibu pada 9 dan 10 Julai lalu. Foto Facebook Amanah Saham Sarawak Berhad (ASSAR)

SIBU: Amanah Saham Sarawak Berhad (ASSAR) mengadakan siri kunjungan hormat ke beberapa agensi dan organisasi di Sibu pada 9 hingga 10 Julai lalu bagi memperkukuh hubungan strategik serta kerjasama dengan pihak berkepentingan di peringkat setempat.

Kunjungan tersebut bertujuan mengeratkan hubungan dua hala selain menjadi platform untuk bertukar pandangan mengenai usaha meningkatkan penyampaian maklumat berkaitan pelaburan kepada masyarakat.

Dalam kenyataan yang dimuat naik menerusi Facebook rasminya, ASSAR berkata siri kunjungan itu turut memberi peluang kepada pihaknya memperkenalkan dengan lebih dekat peranan serta perkhidmatan yang ditawarkan kepada agensi dan organisasi di Sibu.

Menurut ASSAR, hubungan yang terjalin menerusi program berkenaan diharap dapat membantu memperluaskan penyampaian maklumat mengenai peluang pelaburan dan perkhidmatan yang disediakan kepada lebih ramai masyarakat di Sibu.

KUNJUNGAN HORMAT… ASSAR ke Persatuan Nelayawan Kawasan Bruit dan Lembaga Amanah Kebajikan Al-Qadim pada 9 dan 10 Julai lalu. Foto Facebook Amanah Saham Sarawak Berhad (ASSAR)

“Melalui hubungan yang terjalin, ASSAR berharap agar penyampaian maklumat berkaitan pelaburan dan perkhidmatan dapat diperluaskan, sekali gus memberi manfaat kepada lebih ramai masyarakat di Sibu,” menurut kenyataan itu.

ASSAR turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang menerima kunjungan hormat tersebut dengan baik serta memberikan kerjasama sepanjang program berlangsung.

Menurut kenyataan itu lagi, hubungan yang dibina diharap dapat terus diperkukuh bagi menyokong usaha ASSAR mendekati masyarakat, di samping memastikan penyampaian perkhidmatan terbaik kepada pelabur dan komuniti setempat.

Oleh Tarani Lanting