Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Askar Indonesia dilaporkan hilang ditemukan terbunuh di Papua
  • GLOBAL

Askar Indonesia dilaporkan hilang ditemukan terbunuh di Papua

Utusan Sarawak 2 years ago

Angkatan Tentera mengenal pasti tiga lagi tentera yang terbunuh dalam serangan hendap itu sebagai Prebet Pertama Kurniawan, Prebet Pertama Ibrahim, dan Prebet Pertama Sukra.

JAKARTA: Tiga askar yang dilaporkan hilang selepas serangan hendap oleh kumpulan pemisah di wilayah bergolak Papua, telah ditemukan mati, menurut Pusat Maklumat Angkatan Tentera Indonesia.

Serangan itu mengorbankan askar dari batalion infantri tentera simpanan strategik, termasuk Prebet Pertama Miftahul Arifin, yang ditembak mati sebelum jatuh ke dalam gaung sedalam 15 meter pada Sabtu.

Angkatan Tentera mengenal pasti tiga lagi tentera yang terbunuh dalam serangan hendap itu sebagai Prebet Pertama Kurniawan, Prebet Pertama Ibrahim, dan Prebet Pertama Sukra.

Mereka adalah antara 36 tentera yang menyertai operasi menyelamat juruterbang warga New Zealand Phillip Mark Mehrtens yang dilaporkan ditangkap pada Februari oleh kumpulan pemisah di daerah Mugi-Mam di Nduga.

Media tempatan melaporkan bahawa tentera berpecah untuk mencari tempat perlindungan ketika musuh melepaskan tembakan dari pelbagai arah.

Pasukan tentera memulakan operasi mencari, menyelamat dan mendapatkan semula empat mayat anggota pasukan dan dibawa ke Hospital Timika di Daerah Mimika pada Rabu.

Pada Selasa, Panglima Angkatan Bersenjata Nasional Indonesia, Laksamana Yudo Margono, mengarahkan askar bersiap sedia dalam posisi tempur sebagai tindak balas terhadap serangan terbaharu oleh kumpulan yang sebelum inu sebuah organisasi digelar Free Papua. – Bernama

Continue Reading

Previous: Rusia bina enjin pesawat elektrik pertama
Next: Indeks haba di Phuket, Bangna, Laem Chabang diramal melebihi 54 darjah Celsius

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.