Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • ASEZ WAO kumpul 500kg sisa dalam program ‘Bumi Hijau’ di Kampung Sinong
  • Utara
  • WILAYAH

ASEZ WAO kumpul 500kg sisa dalam program ‘Bumi Hijau’ di Kampung Sinong

Utusan Sarawak 5 hours ago
AHLI kumpulan ASEZ WAO bersama penduduk setempat mengumpul sisa dalam program ‘Bumi Hijau’ di Kampung Sinong, Bintulu yang berjaya mengumpulkan kira-kira 500 kilogram sampah.

BINTULU: Kumpulan sukarelawan antarabangsa ASEZ WAO terus memperkukuh usaha kelestarian alam sekitar melalui pelaksanaan program ‘Bumi Hijau’ di Kampung Sinong, dekat Pusat Komersial BDA Shahida, yang berjaya mengumpulkan kira-kira 500 kilogram sisa baru-baru ini.

Aktiviti pembersihan yang dijalankan pada 26 April itu melibatkan kira-kira 50 peserta terdiri daripada ahli ASEZ WAO, ahli keluarga dan rakan sekerja, yang bersama-sama membersihkan kawasan sepanjang kira-kira satu kilometer di kampung berkenaan.

Sepanjang program selama kira-kira satu setengah jam itu, peserta mengutip pelbagai jenis sampah termasuk beg plastik, puntung rokok, cawan plastik, straw dan tin.

Mereka turut membersihkan longkang daripada sisa buangan serta menanggalkan iklan haram di perhentian bas dan tiang utiliti, yang akhirnya menghasilkan kira-kira satu lori penuh sisa kutipan.

AHLI kumpulan ASEZ WAO bersama penduduk setempat mengumpul sisa dalam program ‘Bumi Hijau’ di Kampung Sinong, Bintulu yang berjaya mengumpulkan kira-kira 500 kilogram sampah.

ASEZ WAO merupakan kumpulan sukarelawan belia di bawah Persatuan Misi Dunia Gereja Tuhan, dengan nama ‘Selamatkan Bumi dari A ke Z, Kita Satu Keluarga’ yang membawa maksud usaha menyelamatkan bumi secara bersama sebagai satu keluarga global.

Seorang wakil kumpulan itu berkata, program ‘Bumi Hijau’ bertujuan memelihara alam sekitar melalui aktiviti pembersihan kawasan tercemar seperti jalan, taman dan kawasan semula jadi bagi mewujudkan ekosistem yang lebih sihat.

“Belia bersatu untuk memastikan bumi kekal bersih dan terpelihara, selain meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan menjaga alam sekitar,” katanya wakil kumpulan ASEZ WAO dalam sebuah kenyataan. 

Program berkenaan turut mendapat sokongan Pihak Berkuasa Pembangunan Bintulu yang menyediakan kemudahan seperti tong sampah jenis roll-on/roll-off.

Wakil kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Jepak, Iskandar Turkee turut merakamkan penghargaan terhadap usaha sukarelawan terbabit.

“Tindakan anda bukan sahaja mencantikkan kawasan komuniti, malah menjadi contoh terbaik kepada generasi muda dalam penjagaan alam sekitar,” katanya.

Bagi penduduk setempat, inisiatif itu memberi kesan positif terhadap kesedaran sivik dan tanggungjawab terhadap alam sekitar.

Selain projek ‘Bumi Hijau’, ASEZ WAO turut melaksanakan pelbagai inisiatif alam sekitar lain di seluruh dunia termasuk penanaman pokok melalui ‘Hutan Ibu’, pembersihan sungai dan laut melalui ‘Lautan Biru’, serta program ‘Tempat Kerja Hijau’ yang menekankan penjimatan tenaga dan sumber di tempat kerja.

Continue Reading

Previous: Pertandingan Kumang Gawai Bintulu 2026 buka penyertaan, orang ramai dipelawa sertai
Next: APM Saratok musnahkan sarang tebuan tanah, elak ancaman kepada penghuni rumah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.