Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pertandingan Kumang Gawai Bintulu 2026 buka penyertaan, orang ramai dipelawa sertai
  • Utara
  • WILAYAH

Pertandingan Kumang Gawai Bintulu 2026 buka penyertaan, orang ramai dipelawa sertai

Utusan Sarawak 5 hours ago
ORANG ramai dijemput untuk menyertai dan memeriahkan Pertandingan Kumang sempena Majlis Gawai Daerah Bintulu 2026 yang akan diadakan pada 17 Mei ini di Dinner World Restaurant, Bintulu.

BINTULU: Penyertaan bagi Pertandingan Kumang sempena Majlis Gawai Daerah Bintulu 2026 kini dibuka kepada wanita yang berminat untuk mengambil bahagian dalam acara budaya berprestij tersebut.

Pertandingan akan berlangsung pada 17 Mei 2026 (Ahad) di Dinner World Restaurant, Bintulu dan dijangka menarik penyertaan dari pelbagai kawasan sekitar.

Penganjur memaklumkan pertandingan ini bertujuan mempromosikan serta memelihara warisan budaya, khususnya dalam mengetengahkan keindahan busana tradisional dan keperibadian wanita dalam masyarakat Dayak.

Selain itu, ia juga menjadi platform kepada peserta untuk membina keyakinan diri serta menonjolkan bakat dalam aspek komunikasi, penampilan dan pengetahuan budaya.

Pelbagai hadiah menarik ditawarkan kepada pemenang, antaranya juara Kumang akan menerima wang tunai RM5,000 berserta mahkota, piala iringan, selempang dan jambangan bunga. Tempat kedua (Lulong) membawa pulang RM3,000, manakala tempat ketiga (Selinggar Matahari) menerima RM2,000. Turut dipertandingkan kategori Ngepan Pemadu Manah dengan hadiah RM1,000 serta saguhati RM700.

Orang ramai yang berminat untuk menyertai pertandingan ini boleh menghubungi pihak penganjur melalui nombor yang tertera pada poster rasmi untuk maklumat lanjut dan pendaftaran.

Penganjur berharap lebih ramai penyertaan diterima bagi memeriahkan sambutan Gawai serta memastikan kesinambungan warisan budaya terus dipelihara.

Oleh Faizah Muzidi

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Lampu isyarat di persimpangan Jalan Tun Openg/Jalan Kidurong beroperasi sepenuhnya mulai 4 Mei
Next: ASEZ WAO kumpul 500kg sisa dalam program ‘Bumi Hijau’ di Kampung Sinong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.